Penduduk temui ‘kura-kura emas’


KURA-KURA emas yang ditemui di tepi Sungai Lata,
Kampung Bintang, Setiu, Terengganu, semalam.

KOTA BHARU, Jumaat 25 Mei 2001 – Seekor kura-kura kuning keemasan berukuran 10 sentimeter dan seberat 200 gram ditemui di pinggir Sungai Lata di Kampung Bintang, Setiu, Terengganu, semalam.

Mohd Zaidi Ibrahim, 29, seorang tukang cat dari Kampung Paloh, Pintu Geng, di sini, berkata beliau sedang mandi di sungai itu bersama rakannya ketika terlihat kura-kura berkenaan berenang berhampiran.

“Saya menghampirinya dan terkejut apabila mendapati ia seekor kura-kura kuning keemasan... saya tidak pernah melihat kura-kura secantik itu.

“Saya menangkap kura-kura itu dan menunjukkannya kepada penduduk kampung,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, kura-kura itu diletakkan dalam sebuah baldi untuk dipelihara dan beliau tidak berhajat menjualnya, walaupun ditawar harga tinggi.


......................................
26 Disember 2001






Lain-lain Pelik & Ajaib :

  • Nama Allah Pada Rama-Rama
  • Maksud tersembunyi ditapak tangan
  • Awan Membentuk Kalimah Allah
  • Penduduk temui ‘kura-kura emas’

  • >>Tranung Kite Cyberlink<<