Soalan 1 : Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas
waktu subuh ketika berpuasa?
Jawapan : Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam
berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah
membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama
dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei
memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari
dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.
Soalan : Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa
memasukkan air ke dalm hidung ketika mengambil air
sembahyang? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas
masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya,
kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit.
Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping
telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam
telinga.?
Jawapan : Memasukkan air ke dalam hidung ketika
berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan
puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah
menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan
membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga
dengan
membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja
tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga
bagi menghilangkan
dahaga.
Soalan : Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan
puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka
berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak
kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara
membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya
puasa itu bermula?
Jawapan : Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit
lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam
bersetubuh itu fajarpun
keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia
menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta
merta) tidak boleh
diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia
telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang
disengajakan. Demikian pulalah
dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.
Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah
terdengar suara azan, maka hendaklah membayar
kaffarah. Pertama memerdekakan
hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan
berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup
iaitu dengan memberi makan
60 orang miskin.
Soalan : Apakah hukumnya sekiranya apabila di dalam bulan
ramadhan, seseorang itu tidur di malam hari dan
apabila
terjaga di waktu pagi (dah terbit matahari) dan dah
mula berpuasa, di dapati air mani terkeluar dari
kemaluannya. Bolehkah dia meneruskan puasanya dan
sahkah puasanya itu?
Jawapan :
Jika kita bermimpi di malam bulan Ramadhan, dan baru
tersedar ketika bangun pagi, maka segeralah mandi
wajib, kemudian
teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak ataupun bermimpi
pada malam hari bulan Ramadhan tidak membatalkan
puasa. Bahkan
setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang
Ramadhan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus
segera mandi wajib.
Soalan : Saya telah diserang penyakit gatal-gatal di badan.
Apabila ke kelinik untuk mendapatkan rawatan, doktor
telah mengenakan suntikan kepada saya. Apakah puasa
saya dikira batal kerana suntikan itu ?
Jawapan :
Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat
dengan suntikan ketika siang bulan Ramadhan tidak
membatalkan
puasa. Diantara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibn
Hazm. Namun setengah ulama yang lain membatalkannya.
Bagi kami hal ini
melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa dilakukan
maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan
puasa.