Ganjaran diberikan oleh Allah s.w.t. kepada mereka yang mengerjakan Solat Tarawih pada sepanjang bulan Ramadhan ialah :-

Malam ke-2 :
'Dosanya dan kedua ibu bapanya diampuni'


Syak waktu berbuka, menyuntik dalam bulan puasa

Soalan : Adakah puasa difardhukan ke atas umat yang dahulu. Kalau difardhukan ke atas mereka, pada bulan apakah diwajibkan berpuasa.

Jawapan : Puasa telah difardhukan ke atas umat dahulu dalam bulan Ramadhan sebagaimana difardhukan ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w.

Soalan : Bagaimana hendak diketahui awal Ramadhan

Jawapan : Diketahui Ramadhan dengan cukup Syaaban 30 hari atau dengan nampak anak bulan Ramadhan pada malam 30 syaaban atau dengan perisytiharan pihak Kerajaan.

Soalan : Bilakah yang dikatakan Hari Syak

Jawapan : Hari Syak ialah hari 30 syaaban dengan syarat: 1. Pada malam 30 Syaaban itu cuaca terang:
2.Orang fasik mengatakan dia nampak anak bulan.

Soalan : Adakah harus berpuasa di Hari Syak

Jawapan : Mengikut pendapat yang kuat tidak harus berpuasa di hari tersebut kecuali puasa qada' dan nazar. Bagi mereka yang sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis maka harus baginya berpuasa.

Soalan : Bagaimana hendak diketahui awal Syawal.

Jawapan : Untuk mengetahui awal Syawal sama seperti awal Ramadhan (sila rujuk soalan nombor 2).

Soalan : Bolehkah kita berpuasa dan berhari raya mengikut negeri Mekah dan negeri yang berdekatan, kerana mereka nampak anak bulan.

Jawapan : Tidak harus ikut berpuasa kecuali negeri-negeri itu berada dalam satu matla'

Soalan : Saya berpuasa di Mekah lebih awal satu hari dari mereka berpuasa di Malaysia. Apabila saya balik, puasa saya sudah cukup 30 hari dan orang Malaysia masih berpuasa lagi. Adakah boleh saya berbuka dan berhari raya.

Jawapan : Mengikut khaul yang lebih betul tidak boleh berbuka dan berhari raya, hendaklah tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia.

Soalan : Kalau kita ke tempat yang lebih awal berpuasa mereka berhari raya kita belum cukup lagi puasa. Adakah boleh berbuka.

Jawapan : Wajib berbuka puasa dan berhari raya mengikut negeri berkenaan. Bagi mereka yang tidak cukup puasanya sebanyak 29 hari maka wajib mengqada'kannya.

Soalan : Bagaimana cara sembahyang dan berpuasa bagi negeri yang tidak ada siang dan malam.

Jawapan : Mereka hendaklah berpuasa dan bersembahyang mengikut negeri yang berhampiran dengannya, yang mempunyai lima waktu sembahyang ataupun mengikut waktu Mekah.

Soalan : Apakah hukum orang tua yang tidak boleh berpuasa kerana tua atau orang tidak terdaya berpuasa kerana sakit berpanjangan.

Jawapan : Boleh berbuka puasa dan hendaklah memberi fidyah secupak beras (675 gram); bagi setiap hari yang ditinggalkan dan tidak dikena qada' ke atasnya.

Soalan : Adakah boleh berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja dan digantikan dengan beras sebagaimana dibenarkan kepada orang tua. Jawapan: Tidak harus berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja.

Soalan : Bagaimanakah lafaz niat puasa, adakah wajib berniat dengan fardhu Ramadhan atau puasa Ramadhan sahaja.

Jawapan : Sebaik-baik niat dengan mengingat "Aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu Ramadhan". Walau bagaimanapun sah dengan niat, aku puasa Ramadhan sahaja.

* Mengikut mazhab Maliki boleh berniat pada malam pertama dengan berniat sebulan bulan Ramadhan, dan harus bagi orang-orang yang bermazhab Syafie bertaqlid kepada mazhab Maliki berniat pada malam pertama sebulan Ramadhan. Bagi puasa sunat harus berniat pada siang hari sebelum tergelincir matahari.

Soalan : Pada malam Hari Syak seseorang bemiat puasa "sekiranya esok 1 Ramadhan aku berpuasa. Adakah sah puasa tersebut, sekiranya esok jatuh 1 Ramadhan".

Jawapan : Tidak sah puasa kerana di antara syarat sah puasa ialah dengan niat yakin dan tepat.

Soalan : Adakah sah puasa seorang yang dalam haid dan nifas berniat puasa Ramadhan pada malam hari pada kebiasaannya haid dan nifasnya suci sebelum Subuh pada hari tersebut.

Jawapan : Sah niatnya sekiranya suci/nifasnya sebelum fajar.

Soalan : Adakah sah puasa seseorang yang syak niatnya di waktu malam.

Jawapan : Tidak sah kecuali dia teringat yang dia berniat puasa pada malam tersebut, sebelum maghrib.

Soalan : Adakah sah seorang yang syak niat puasanya pada hari tersebut selepas berbuka.

Jawapan : Sah puasa tersebut.

Soalan : Seseorang yang berniat puasa pada malam hari kemudian dia membatalkan niatnya sebelum fajar. Adakah sah puasanya pada hari esok.

Jawapan : Tidak sah.

Soalan : Adakah sah puasa seseorang yang berbuka dengan tidak yakin/berat sangka sudah masuk waktu

Jawapan : Tidak sah.

Soalan : Adakah sah puasa bagi orang yang tidak mandi hadas besar.

Jawapan : Sah puasa.

Soalan : Adakah batal puasa bagi orang yang berpuasa memasukkan ubat ke dalam matanya.

Jawapan : Sah puasanya kerana mata itu bukan anggota rongga walaupun terasa di tekak.

Soalan : Adakah batal puasa seseorang yang berpuasa menyuntik dengan ubat yang mengenyangkan.

Jawapan : Batal puasa.

Soalan : Adakah batal puasa apabila termasuk air ke dalam rongga ketika berkumur-kumur di masa wuduk.

Jawapan : Tidak batal puasa kecuali melampaui batas ataupun melebihi tiga kali (kali ke empat).

Soalan : Orang yang berpuasa merasai tersangat dahaga kemudian memasukkan air batu ke dalam mulutnya untuk mengurangkan dahaga lalu tertelan. Adakah batal puasanya

Jawapan : Tidak batal puasa.

Soalan : Adakah batal puasa bagi orang gila sekejap.

Jawapan : Batal puasa.

Soalan : Adakah sah puasa bagi orang yang pitam

Jawapan : Sah puasa kecuali pitam yang sepanjang hari iaitu terbit fajar hingga terbenam matahari.

Soalan : Adakah sah puasa bagi mereka yang tertidur semasa sahur sehingga waktu maghrib

Jawapan : Sah puasa.

Soalan : Adakah wajib kifarat bagi orang bermukim bersetubuh selepas membatalkan puasa atau orang musafir berbuka puasa dengan bersetubuh

Jawapan : Tidak wajib membayar kifarat bagi orang bersetubuh begitu juga bagi orang musafir yang berbuka puasa dengan bersetubuh.

::: Arkib Ar-Ramadhan