TANGGAPAN
Pada Suatu Hari Shahrul Pergi Ke Teluk Intan Dan Ingin menaiki bas Ke
Bagan Datoh Untuk Pergi Kerumah Kawannya. Hari Itu Merupakan Hari Pertama
Shahrul Menjejakkan Kakinya Di Teluk Intan Dan Dia Langsung Tidak Tahu Bas Apa
Yang Perlu Di Naiki Untuk Pergi Ke Bagan Datoh Pula. Shahrul Merupakan Seorang
Lelaki Yang Kacak Dan Sempurna Sifat Fizikalnya, Tetapi Shahrul Adalah
Seorang Lelaki Yang Sengau. Oleh Kerana Shahrul Tidak Tahu Bas Untuk
Pergi Ke Bagan Datoh, Lalu Shahrul Pun Berjumpa Dengan Seorang Gadis Cantik
Yang Kebetulannya Ingin Menaiki Bas Di Bus Stand Tersebut.Sebenarnya Gadis
Tersebut Juga Akan Menaiki Bas Yang Akan Shahrul Naiki.Maka Bermulalah
Dialog Antara Mereka Berdua:
Shahrul : "Saudari Tumpang Tanya, Kalau Nak Ke B.Datoh Naik Bas Yang Mana
Satu?"(Dengan Suara Sengaunya)
Gadis Tersebut : "Emmmmmm..." (Tersenyum-Senyum Memandang Shahrul)
Shahrul : "Maaf Kan Saya Bertanya, Bas Nak Ke B. Datoh Yang Mana Satu?
"(Dengan Suara Sengaunya)
Gadis Tersebut : (Masih Tersenyum-Senyum Memandang Shahrul)
Shahrul: "Kau Menghina Aku Yer???..Tak Per.....
Suatu masa nanti engkau tahu Tuhan akan membalasnya...
Bentak Shahrul Dengan Suara Sengaunya Kerana
Begitu Marah Kepada Gadis Tersebut Yang Tersenyum-Senyum Memandang
Kearahnya Apabila Dia Bertanya. Dan Kemudian Dia Berlalu Untuk Bertanya Kepada
Orang Lain.
Rupa-Rupanya Gelagat Gadis Tersebut Telah Diperhatikan Oleh Seorang Mak
Cik Yang Tidak Jauh Dari Situ. Timbullah Ketidakpuasan Hatinya Lantas Bertemu
Gadis Tersebut Utk Bertanyakan Perkara Yang Sebenar.
Mak Cik Tersebut : "Anak, Kenapa Anak Tidak Menjawab Pertanyan Anak Muda
Itu Tadi, Dan Tersenyum-Senyum Memandangnya, Bukankah Itu Perkara Berdosa?"
Apakah agaknya jawapan yang diberikan oleh gadis itu pada tanggapan anda ?
Gadis tersebut menjawab dengan jelas: "mak cik lebih baik saya tidak menjawabnya
daripada menjawab pertanyaan anak muda itu, kerana saya kuathir ia akan
berfikir saya cuba menyindirnya bahawa saya juga adalah sengau
sepertinya" kata gadis tersebut DENGAN SUARA SENGAUNYA...............
# Jangan kita mudah membuat tanggapan pada sesuatu perkara tanpa usul periksa yang jitu.
........................................
25 Januari 2002
Arkib Relek Sekejap....