KES SELAMBA
Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas
bukan dari pandangan seseorang.
Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya.
Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu sambil membaca buku
cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya dengan
selamba turut mengambil biskut dari bungkusannya.
Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki itu turut mengambil
sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Alangkah tak
malunya lelaki ini, sudah la tak minta izin dari aku. dia makan sama
banyak dengan aku pulak tu. Memang dasar pencuri! rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang dan selamba terus dengan
perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam
bungkusan tersebut. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum
lalaki itu mengambil biskut yang terakhir lalu dipatah dua lantas
memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu
marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki tersebut. Sambil
merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang
masam 'mencuka' wanita itu berkata dalam hatinya berani sungguh lelaki ini.
Memang muka tak malu. Dasar pencuri besar....
Kedua-dua mereka, wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki
pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah-olah baru lepas
dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia
sampai ditempat duduknya dia membuka beg kecilnya untuk mengambil
barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada
di dalam begnya masih elok, baru dibuka hanya beberapa keping sudah dimakan sahaja.
Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi ??
Ya... biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.
Alangkah malunya dia atas segala tindakannya
terhadap lelaki tersebut. Lelaki yang tidak dikenali tersebut pula sanggup berkongsi
biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah
menunjukkan reaksi marah terhadapnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat namun
hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi
dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang
sebenarnya.
# Sebelum kita berbuat sesuatu, pastikan semuanya jelas, jangan membuat keputusan secara
membuta tuli aje, nanti kita akan menyesal kemudian... penyesalan kemudian hari tiada lagi gunanya.
........................................
26 Januari 2002
Arkib Relek Sekejap....