APALAH ERTINYA 44 TAHUN MERDEKA?

(Dedikasi khas kepada Keluarga pejuang Keadilan..)

Apalah ertinya 44 TAHUN MERDEKA tanpa suami ?
Bukan saja rangkulan kasih sayangnya yang di igaukan,
Lebih dari itu,
Ia bererti..
Tanpa kehadirannya disisi..
Tanpa suara dan senda guraunya..
Tanpa senyum dan tawanya..

Apalah ertinya 44 TAHUN MERDEKA tanpa suami ?
Apabila anak saban hari bertanyakan..
"Ibu, bila ayah kan pulang?"
Kawan-kawan semuanya ada ayah..
Untuk hantar dan jemput ke sekolah..
Untuk uruskan semua yuran persekolah..
Mengimamkan Solat hajat bila tiba waktu peperiksaan.

Apalah ertinya 44 TAHUN MERDEKA tanpa suami ?
Bila kebebasan bersuara di sekat..
Apabila pergerakan di pantau..
Apabila hak menuntut ilmu di belenggu..
Apabila maruah tercabar..

Akan ku tekadkan keazaman.
Akan ku teruskan perjuangan..
Akan ku bulatkan semangat..
Akan ku nafikan kerakusan..

Agar jiwa rakyat BEBAS dari diburu ketakutan..
KERANAMU MALAYSIA..
MANSUHKAN ISA!! HAPUSKAN KEZALIMAN..

Ummu Rahmah..
31 Ogos 2001

............................................
4 September 2001

>>Arkib Sajak @ Puisi<<