Kau pergi...
setelah berada bersamaku
dalam had waktu
sedangkan belum pun puas
ku bersunyi-sunyian denganmu
Kau tinggalkanku...
dengan seribu kenangan
dalam kesunyian mendakap diri
berbekalkan janji dan harapan
untuk kekuatan diri
Ku tahu...
kau sungguh istimewa
lantaran tak mampu aku menahan
agar jangan kau tinggalkanku
kerana kau ada yang empunya
penciptamu yang Maha Esa
Ku tahu...
kau pasti datang lagi
tapi mungkinkah aku pula
tidak dapat bersama-sama denganmu
untuk sekian waktu
Ramadhan oh Ramadhan
gemilangnya nur
Wannor
19 Disember 2001
............................................
20 Disember 2001