MEMANGLAH BANGSAT

MEMANGLAH BANGSAT
(buat semua Melayu yang kukenal)

Memanglah bangsat jika kita membiarkan
Rumah tangga kita dijahanamkan oleh orang
Tetapi begitulah hakikatnya;
Bila kita melihat politik negara ini
Dikendalikan oleh orang-orang bodoh lagi dungu itu
Tidak ada yang lebih bangsat
Daripada membiarkan khazanah negara
Dibalun oleh orang-orang berkepentingan
Seperti Mahathir,Paklah,Khir Toyo atau Khalil sibedebah
Yang masih lagi jadi menteri
Ketika kes rasuahnya disebut oleh Fawzi
Ya entah kenapa; orang-orang yang bersalah
Dan berkelakuan sumbang itu
Masih saja berada bebas di mana-mana
Sedang DSAI yang tidak terbukti kesalahannya
Meringkuk di penjara dan entah kali ke berapa
Merayakan aidilfitri di selnya.

Memanglah bangsat jika kita membiarkan
Seorang pemimpin yang ikhlas
Dibelasah sehingga lebam sebelah matanya
Sedang dirinya adalah laksana lilin
Menahan kezaliman orang lain
Menahan harta negara
Dari dipunahkan oleh si Mahathir dan kuncu-kuncunya
Tetapi ahli-ahli sebuah parti Melayu itu
Begitulah; mempertahankan tindakan zalim itu
Dan Agustine Paul mengesahkannya di sisi undang-undang
Bahawa tindakan paling bangsat itu
Adalah sah dan terpelihara;
Sehingga kehairananlah para penghuni rimba belantara
Melihat kelakuan yang bangsat itu
Dan lahirlah novel Shit
Kontradiksi dari kebangsatan sistem itu.

Memanglah bangsat jika kita membiarkan
Mahathir terus berkuasa walau sudah berusia
76 tahun,sedang nenek kita yang seusia dengannya
tidak kita benarkan lagi bekerja
takut terjadi apa-apa
tetapi hari ini; sebuah parti Melayu mengaku Islam
mempertahankan semuanya itu
sambil memperlihatkan kebangsatan mereka
samada kelakuan atau akal fikiran
bak orang gila yang tidak berakal;
bila yang betul dikatakan salah
yang salah dikata betul
yang berzina dan beranak luar nikah dikata baik
sedang yang baik dan ikhlas dituduh meliwat;
yang tidak bersalah dipenjara
yang bersalah berleluasa mencipta lagi
sekian banyak kesalahan;
memang cukup bangsat;
apabila mereka dibenar menggadai negara;
semata-mata atas nama wira dunia ke tiga.

Apakah lagi yang tinggal untuk kita
Sebagai bekalan di musim depan
Sedang negara sudah tergadai
Dengan hutang berbilion
Anak cucu masih lagi kecil;
Apakah harapan mereka
Untuk meneruskan kehidupan di abad mendatang?

Memanglah bangsat; kalau begitu
Bagi mereka yang membiarkan
Semuanya itu berjalan tanpa sekatan
Tanpa bantahan; memanglah parti Melayu kebangsaan itu
Memperjudikan nasib negara;
Sehingga tiada lagi harapan
Kecuali hutang yang bertindan.

Memanglah Umno sebuah parti bangsat
Kerana membiarkan semua keadaan
Berjalan mengikut rancangan;
Dan terlebih bangsat lagi jika Melayu terus membiarkan
Umno terus berkuasa di musim depan.

Pakitam,
pakitam@yahoo.com,
25.12.2001.





............................................
28 Disember 2001

>>Arkib Sajak @ Puisi<<