TOL

Namanya pendek, akibatnya panjang
Masanya pendek, beraturnya panjang
Rakyat untung sikit, syarikat untung sakan

Jumlah kenderaan makin banyak,
tapi tol naik jugak
rakyat sudah naik muak
tapi kroni makin galak.

Tol jalan kucing masih bergiat
walau perjanjian sudah lama tamat
katanya "upgrading" akan dibuat
hingga sekarang habuk pun tarak.

Cakap menteri kita terlena
indah bahasa janji berjuta
sudah bertahun sama sahaja
semua janji palsu belaka.

Tol jalan cheras lagi celaka
masalah jam sama sahaja
jalannya pendek tidak terkata
lenguh memandu tak payah cerita.

Rakyat semua mesti pastikan
perjanjian tol disambung jangan
jika lambat nyatakan bantahan
tol jalan kucing jadi ikutan
merana badan sepanjang zaman.

Semua pihak mesti sedar
angkara tol amatlah besar
duit kita dikutip berganda
supaya kroni kaya raya.


SAMI TOLLOL


Jumlah Pelawat :
Counter
Mulai 25 Januari 2001


Arkib Sajah @ Puisi