Puisi Titisan warisan Darah Melayu Melaka

PUISI TITISAN WARISAN
DARAH MELAYU MELAKA

Mengapakah bangsaku
MELAYU berpecah….
Mengapakah bangsaku
MELAYU bersengketa….
Mengapa… Mengapa!!!!!!!

Ingatkah kau pesan
Nenek moyang kita…
Tidakkah kau ingat pesan
Hulubalang Hang Tuah berkata…
Tidak MELAYU Hilang Di Dunia.

Tapi kenapa kita terlupa..
Lihat!!!!!!!!!
Bumi bertuah kini
Menanti disumpah…..
Kerana bukan titis darah
MELAYU yang memerintah
Tanah Melayu Melaka…..
Siapa harus dipersalahkan..
Siapa!!!!!!! Siapa!!!!!!!

Ingatlah wahai anak
MELAYU bumi bertuah..
Tanahmu bakal kemarau panjang
Kerana pemerintah bertopeng
Pada nama titis darah
MELAYU yang palsu…
Mengapa !!!!!!!! Mengapa !!!!!!!
Kekuatan bangsa
MELAYU menegakkan agamanya
Bukan berlambangkan keris
MELAYU kekuatannya…

Aku adalah Aku….
MELAYU tetap MELAYU
Bumi nenek moyang aku
Tanah MELAYU bertuah
Bukannya disumpah.

Bangunlah wahai anak anak
Titisan darah MELAYU
Ingatlah pesanan nenek moyang
Kita kasihi selama ini..

Nukilan
H.Jebat9




............................................
1 Mac 2002

>>Arkib Sajak @ Puisi<<