ANJING!!! JILAT...JANGAN TAK JILAT

ANJING!!! JILAT...JANGAN TAK JILAT
(untuk pegawai kanan PDrM)

'Bersedia Berkhidmat'
'Mesra, Betul dan Cepat'
hanya perkataan dan ayat
slogan kosong, lapuk berkulat
yang tepat...
jilat, tangkap, pukul, jilat
...makan taik bukan setakat adat
dah jadi darah, daging dan dzat.

jilat...jangan tak jilat
bungalow besar, mercedes lampu bulat
kehendak ramai, isteri empat
apa mahu semua dapat
tak keluar keringat
tak pakai tulang empat kerat
tak perlu bakat
hanya lidah yang berkarat
akidah yang sesat
akhlak yang terkencat
otak yang cacat
dan tuan yang jahat.

fitnah di katakan amanat
solat di katakan liwat
rasuah di katakan zakat
engkar di katakan ibadat
patriot di katakan pengkhianat
dunggu di katakan taat
setia di salah tempat
sedia berkhidmat...
untuk tuan yang bangsat
melunas dendam kesumat.

ada kuasa, ada pangkat
ada anggota tabek hormat
peduli apa rakyat melarat
jenayah meningkat
keadilan merempat
undang-undang di peralat
janji...habuan duit dan pantat
hidup untuk nafsu dan syawat
hanya dunia tanpa akhirat.

jilat...jangan tak jilat
naik pangkat
tambah pingat
pencen korporat.

ROH MEMALI

............................................
18 April 2001

Arkib Sajah @ Puisi