Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli
sufi
itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor
kucing.
Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut "kenapa kamu pukul kucing yg
lemah ini??" Jawab lelaki tersebut "aku telah menjumpainya di sebuah
lorong ketika ia dalam keadaan yg tersangat lemah dan kesejukan,
kemudian
aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara
sehingga ia benar-benar sihat, tetapi apabila sihat, ia membuang najis
di
merata tempat di rumahku"
Kemudian berkatalah ahli sufi "Ini sebenarnya peringatan & tamsilan
antara
kita dgn Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang
tersangat
lemah dan dhaif, lalu Allah beri kita makan , pakaian dan
segala-galanya
tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yg kita kecapi,
kita derhaka kepadaNYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah,
walaupun kita derhaka kepadaNYA, Dia masih belum menyiksa atau memukul
kita dengan azabNYA."
Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut
kerana
mengenangkan dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia lambat diperingatkan
oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas
kesalahannya di
mahkamah Allah kelak kerana percubaan mendera kucingnya.......
Kiriman : kiri kanan
........................................
19 Januari 2002