Mendapat hidayah dari Allah merupakan satu anugerah yang paling
besar.Ayah
Nabi Ibrahim yang bernama Azhar kerana tidak mendapat hidayah tetap
menjadi
kafir sehingga akhir hayatnya.
Abu Jahal,bapa saudara nabi s.a.w kerana tidak mendapat hidayah juga
mati
dalam kekufuran.Begitulah yang lain-lainnya seperti isteri dan
anak-anak
nabi Nuh assalatuassalam.
Biasanya mereka yang mendapat petujuk dari Allah sajalah yang mendapat
hidayah.Samalah dengan kisah Ibrahim Bin Idham seoarang ahli sufi
terkenal
yang mencapai tahap wali Allah kerana mendapat hidayah.
Ibrahim Bin Idham seoarang ahli sufi yang warak dan dianggap mencapai
taraf
wali Allah .Beliau mendapat pimpinan dari Allah dan perkataan beliau
yang
diucapkan banyak mengandungi hikmah.
Suatu ketika beliau didatangi oleh seorang lelaki dan berlakulah satu
dialog
seperti berikut:
Lelaki: Wahai Abu Ishak(panggilan kepada ibrahim Bin Idham),aku seorang
lelaki penuh dengan dosa dan kezaliman ,ajarkanlah aku agar hidup
zuhud.Aku
mengharap kamu memberi petunjuk jalan yg benar dan membuka hatiku yang
gersang.
Ibrahim: Apabila dirimu dapat berpegang teguh dengan enam perkara,tentu
kamu
akan mendapat keselamatan didunia dan akhirat.
Pertama,manakala kamu melakukan maksiat,janganlah kamu makan rezeki
dari
Allah.
Lelaki:Seluruh penjuru dunia maupun ditimur dan juga dibarat,didarat
dan
juga dilaut,dilembah dan juga digunung semuanya merupakan rezeki
Allah,kalau
begitu darimana aku mau mendapatkan makanan selain dari rezeki Allah?..
Ibrahim: Wahai saudaraku,wajarkah kamu makan rezeki Allah sedangkan
kamu
derhaka kepadanya?.Kedua,apabila kamu berbuat maksiat jangan kamu
tinggal
diami dimana-mana tempat kepunyaan Allah.
Lelaki:Abu Ishak,demi Allah yang kedua ini lagi berat bagiku. Bukankah
seluruh alam ini kepunyaan Allah?.Kalau demikian di manakah harus aku
tinggal?
Ibrahim: Tentu tidak patut sama sekali kamu makan dan tinggal di bumi
Allah
sedangkan kamu menderhakainya.
Ketiga,andainya kamu berbuat maksiat,anggaplah bahawa Allah itu lalai
dan
lupa kepada kamu dan Allah tidask melihat apa yang kamu lakukan.
Lelaki:Mana mungkin aku berbuat demikian padahal Allah maha melihat
,maha
mengetahui segala rasa dan gerak hati nurani manusia.Allah tidak pernah
lalai,leka,mengantuk dan tidur.
Ibrahim: Layakkah kamu berbuat maksiat sedangkan Allah sentiasa melihat
dan
mengawasi segala gerak geri laku dan batin kamu.Allah tahu apa yang
berlaku
dan akan berlaku.
Keempat,Takala Malaikat Maut datang kepada kamu dan hendak mencabut
nyawa
kamu katakan kepadanya" tunggu sebentar,aku mau bertaubat dulu sebelum
mati".
Lelaki: Ini suatu hal yang mustahil,dan tentu sekali permintaan ku
tidak
dimakbulkan.
Ibrahim:Kamu sedar dan insaf bahawa tidak dapat menolak keinginan
Malaikat
Mauttentu dia akan datang kepada kamu bila-bila masa saja malah sebelum
dirimu sempat bertaubat.Malah kematian itu tidak dilewatkan walaupun
sesaat.
Lelaki:Semasa hidup ini banyak perkara yang tidak dikehendaki tetapi
jua
berlaku sebagai tanda lemahnya diri ini menentang kehendak Allah,apatah
lagi
ssesudah mati.
Ibrahim: Kamu tahu dan sedar tidak mampu melawan Mungkar dan Nakir
tentu
lebih mudah melawan nafsumu dari mendorong kepada maksiat.
Keenam,Manakala kamu berada didepan Allah di akhirat dan Allah menyuruh
kamu
masuk keneraka kerana kamu berbuat maksiat ketika hidup,katakan kepada
NYA:YA,Allah aku tidak mahu dan aku tidak bersedia masuk ke nerakaMU".
Lelaki: Cukuplah wahai Abu Ishak,sesungguhnya enam perkara ini sangat
berat
bagiku melakukannya.Aku telah sedar dan mengerti,hatiaku juga merasa
lega
kerana memperolehi panduan yang sangat berguna untuk aku meninggalkan
maksiat dan mendorong berbuat taat dan kesyukuran kepada Allah.
Kiriman : Budak Jahat
........................................
26 Januari 2002