Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah
diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang
dalam perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan
Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.Sesiapa yang membaca ayat
Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi
dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,
insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan
manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,
anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah
s.w.t.
Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan
membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya
dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan
diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta
terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50
kalil lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,
InsyaAllah,
Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima
ilmu pengetahuan.
Untuk amalan kita semua.....Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
, Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan
segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian
berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada
kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
sebagaimana DIA memelihara NabiMuhammad. Mereka yang beramal dengan
bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah
daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi
juga,dengan
izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh
khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Jika
anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki
rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah
mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan
batin.
* Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. *Barangsiapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang
Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur
perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi juga Allah
melimpahkan padanya rahmat.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan
dan mendoakan baginya.
* Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah Azza
Wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti
orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
* Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya
Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah s.a.w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
..........................................
14 Jun 2001