INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. moleknya cinta
andai setia yang
dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan
sampai bila-bila.
Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka
hujan turun di
tengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan
kasih dan sayang,
membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun
pasangan yang
bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah
mencintai
isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?
Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan. "Perempuan umpama
cermin, mesti
cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka.
Lebih-lebih yang bergelar
isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta
dipujuk memang
sifat
wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.
Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu
jika diperlukan,
bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah
cukup dan memadai. Perhatikan hasilnya, si isteri akan
sanggup bersusah
payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan
rumah tangga,
malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan
suami. Walaupun
hidup dalam serba kekurangan, insya-Allah hidup pasangan
begini akan
rukun
damai sampai bila-bila.
Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah
ruah dengan
kasih
dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha
menceriakannya
walaupun
si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang
banyak. Apabila
ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang
abang sayang, tak
ada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika yang
dicintai itu
adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang
rumah tangga
tidak
bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan
harta, maka bila ada
kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat
kebahagiaan
namun
bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu
kecewa dan
bersusah hati, ujarnya.
Beliau menambah, "Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan
wang membeli
kasih
dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang
lain. Namun wang
itu
sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang
berperanan
menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan
sebuah rumah
untuk
keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang
bencana, wang
dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan
wang untuk
membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya
kita sudah
tersilap menafsir. Sepatutnya utamakan nilai kasih dan
sayang yang
diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari
kita ditimpa
musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat
melatah.
Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada
pasangan yang hidup
melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang
banyak, namun
ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan
sayang," jelasnya.
Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang
celik mata dan
sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua,
sedangkan lelaki
asal
ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai.
Golongan begini,
malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka
mampu melakukan.
Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan
dalam ceramah atau
syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan
kaum Adam.
Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si
isteri akan mudah
terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan
cara dan
pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut
mendengar tetapi
kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong
dan egonya dan
memang sukar mengubah kesilapan.
WANITA - TULANG RUSUK YANG BENGKOK
Walaupun hakikatnya bahtera rumah tangga itu sepatutnya
dikemudikan oleh
si suami namun era kini menyaksikan lebih banyak wanita
yang lebih
sensitif mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah yang
lebih banyak
bersabar, menelan pahit maung kekurangan pendapatan atau
menghadapi
kerenah suami yang kadang kala membosankan. Wanita
sepatutnya berbangga
dengan kejayaan ini walaupun asalnya daripada tulang rusuk
kiri lelaki
yang bengkok.
"Nabi bersabda, wanita itu dicipta daripada tulang rusuk
kiri lelaki yang
bengkok, maknanya jika dibiarkan sikapnya yang tidak elok,
maka begitulah
ia kekal selama-lamanya. Lantaran itu andai si suami ingin
memberi
nasihat, hendaklah secara psikologi dan lemah lembut
sehingga yang
bengkok
itu akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan,
maka tulang yang
bengkok itu akan mudah patah atau pecah. Misalnya jika
isteri pemarah,
membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja ia
cubaan yang amat
kecil. Allah berfirman, "Apa yang kamu tidak suka, itu
adalah yang
terbaik
untuk kamu." Namun dengan perkembangan hari ini, nampaknya
dunia sudah
terbalik, si lelaki pula nampak gayanya banyak yang
bengkok, selarnya.
CINTA DAHULU SEBELUM KAHWIN?
Memang ramai yang membincangkan dua perkara ini sama ada
cinta dahulu
sebelum berkahwin atau berkahwin dahulu baru bercinta. Ada
orang bercinta
lama, selepas kahwin berasa jemu pula. Mulanya pasangan
masing-masing
buat
perangai. Ada pula sarankan, lepas kahwin baru bercinta,
mereka dakwa
pula
lepas kahwin baru pecah tembelang pasangan masing-masing.
Maknanya, tidak
ada kaedah khusus, ia bergantung kepada jodoh
masing-masing, dedahnya.
Beliau menambah, "Contohnya pasangan orang tua dahulu.
Masing-masing
tidak
kenal tetapi keluarga aturkan perkahwinan. Lepas kahwin
kita lihat mereka
kekal sampai berpuluh-puluh tahun dan orang tua-tua dakwa
cara begitu
lebih baik. Sebenarnya itu bukan formula tetapi kebetulan.
Maklumlah
tinggal di kampung, pergaulan bukanlah seluas atau semoden
golongan yang
tinggal di bandar. Jika berlaku pergaduhan, si suami tidak
sampai hati
menceraikan isteri, begitu juga si isteri jika minta cerai
pun ke mana
diri hendak dibawa?" soalnya.
Sambungnya lagi, kedamaian hidup berumah tangga mesti
dicatur sejak di
awal perkenalan. "Mesti diselidik latar belakang pasangan
kala peringkat
pemilihan pasangan. Sekiranya pihak lelaki atau wanita
mengikut kriteria
yang dianjurkan oleh Islam, insya-Allah akan ada kerukunan
dalam
perkahwinan. Namun jangan tersilap memilih, konon berkenan
pasangan yang
kuat agamanya. Kita hendaklah memandang dengan pandangan
yang luas, bukan
setakat sembahyang, puasa atau berzakat sahaja yang patut
diambil kira.
Antaranya hendaklah menjurus kepada nilai peribadi
seseorang. Misalnya
kesanggupan penerimaan kita kepada kerenah, gelagat atau
tingkah laku
pasangan. Kadang kala perangai lelaki membosankan dan
tidak kurang ada
yang menyejukkan, jika kita terima daripada awal maka
redhalah sehingga
akhirnya, kerana itulah suami atau isteri kita yang
sebenar-benarnya.
LEPAS KAHWIN TERBONGKAR RAHSIA
Ditanya bagaimana mahu membelai cinta seandainya selepas
berkahwin baru
terbongkar rahsia keburukan pasangan, beliau mengulas.
Memang sukar
menelah kebaikan individu meskipun seseorang itu taat
kepada ibadatnya.
Pernah suatu ketika seorang lelaki menemui Saidina Omar
dan berkata,
bahawa dia telah memilih seorang lelaki untuk menjadi
saksi. Lantas
Saidina Omar bertanya, "Apakah engkau kenal lelaki itu?"
Pemuda itu
menjawab, "Tidak ya amirul mukmimin." Saidina Omar
bertanya lagi.
"Apakah
engkau pernah bermusafir dengannya?" Orang itu jawab,
"Tidak pernah,"
Bertanya lagi Saidina Omar, "Apakah engkau pernah berjiran
dengannya?
Orang itu menjawab,'Tidak pernah.' Lantas ditanya Omar
lagi, "Macam mana
engkau kenal dia? Dijawab si pemuda. "Saya selalu tengok
dia sembahyang
maka yakinlah dia memang baik.' Omar berkata, "Engkau
pergi dan selidiki
lagi kerana engkau sebenarnya belum betul kenal
kepadanya." Daripada
kisah yang diriwayatkan maknanya, sekadar tengok seseorang
sembahyang,
berulang alik ke masjid atau membaca al-Quran belum
bererti kita tahu
perangai yang sebenar. "Seeloknya ajak dia bermusafir,
baru tahu kedekut
atau tidak. Berjiran dengannya, baru tahu perangai
peribadi, dan jika
berniaga bersama-samanya baru tahu amanah atau sebaliknya
diri seseorang.
Jika sudah kenal hati budinya barulah boleh dia dijadikan
kawan atau
saksi. Begitu juga apabila mencari pasangan, selidik
dahulu latar
belakang
dan nilai peribadinya. Caranya dengan menghantar wakil
atau orang tengah
yang boleh diharapkan," sarannya.
Namun tidak dinafikan, apabila suami berubah sikap
misalnya tidak lagi
mesra seperti dahulu, tidak mahu bergurau senda apatah
lagi memupuk kasih
dan sayang si isteri akan makan hati dan menderita. Namun
jangan sesekali
dibiarkan sehingga meresap ke dalam hati dan perasaan yang
akhirnya
menjadi kebiasaan. Apabila suami buat perangai,
cepat-cepat ditegur.
Supaya dia segera sedar yang perbuatannya itu salah. Jika
isteri terlalu
sabar dan redha dibimbangi akan meresap ke dalam hati dan
menjadi
kesedapan kepadanya. Memang kenyataannya apabila menegur
atau melembutkan
hati suami, mereka akan lebih keras dan kasar. Gelagat
perubahan ini
lebih
ketara apabila si suami sudah mula senang sedikit. Balik
lewat malam,
bersenang-senang dan makan-makan dengan teman-teman atau
pergi
berpoya-poya. Sebab itu dikatakan orang, wang sahaja
membawa kebahagiaan
tetapi mengheret kepada kecelakaan. "Cara untuk mengatasi
masalah suami
yang berubah hati, si isteri tidak boleh membentak. Kerana
lelaki yang
berperangai begini, hatinya sudah keras. Si isteri mesti
menggunakan
pendekatan dengan cara yang paling lembut sehingga mereka
sedar.
"Tidak dinafikan apabila si isteri berlembut, perangai
suami semakin
menjadi-jadi. Bagaimanapun cuba kita fikirkan, kalau
membentak akan
timbul
pula permusuhan yang berpanjangan. Silap hari bulan, si
suami memukul
atau
mendera si isteri. Diam isteri bukan bererti redha dan
bersetuju dengan
perangainya cuma sekasar mana pun lelaki, namun jauh di
sudut hati pasti
mempunyai belas. Kasihan dengan si isteri yang cukup
tenang, sabar dengan
perangainya yang buruk," ujarnya.
Tambahnya lagi, "Ada masanya suami mesti disentak dengan
perkara-perkara
yang tidak dijangka. Misalnya seorang isteri yang sebelum
ini banyak
cakap
tiba-tiba mogok. Lepas masak diam, lepas makan diam,
hendak tidur pun
diam, maknanya perangainya berubah menjadi pendiam.
Mungkin dengan cara
itu dia mampu meluahkan perasaannya daripada marah tidak
tentu pasal
kemudian dicop suami, dia derhaka. "Seperti kisah seorang
pemuda yang
menyatakan hasrat mahu berkahwin tetapi dihalang oleh
emaknya. Jadi dia
mogok, kalau melawan, bimbang menderhaka kepada orang tua
dan dia takut
masuk ke dalam api neraka. Lantas dia diam sahaja
sepanjang masa. Tidak
makan, tidak minum, tidak tidur, sembahyang sahaja yang
dilakukan.
Lama-kelamaan ibunya bertanya, "Engkau sakit ke, asyik
diam aja." Si
anak
menggelengkan kepala.Oleh sebab emak sayangkan anak,
lantas disuruhnya si
anak berkahwin. Barulah si anak bersemangat dan bahagia.
Dalam kes ini si
anak terselamat, tidak menderhaka kepada ibunya dan dapat
pula
berkahwin," ceritanya.
TEGUR CARA BERHIKMAH
Ismail Kamus menambah, jika sukar atau tidak sampai hati
menegur suami
yang buat perangai, gunakan orang tengah. "Memang susah
mencari yang
boleh
dipercayai tetapi itulah cabaran yang mesti dihadapi.
Bagaimanapun cara
penyampaian orang tengah itu biar betul dan kena caranya
sehingga suami
tidak menyalahkan si isteri. "Selain memberi nasihat,
isteri hendaklah
mohon kepada Allah dan bermunajat kepada-Nya tanpa jemu.
Di samping itu
bacalah surah Ali-Imran, ayat 83 yang maksudnya: "Apakah
selain daripada
agama Allah mereka cari, dan baginya, menyerahlah sesiapa
yang di langit
dan yang di bumi, secara sukarela dan terpaksa dan
kepada-Nya jua mereka
dikembalikan.
Ayat ini hendaklah dibaca sebanyak 1,000 kali sehari.
Apabila hendak
digunakan baca tiga kali dan tiup kepada orang yang
berkenaan atau
ditiupkan ke dalam air untuk diminum oleh orang tersebut.
Mudah-mudahan,
berkat doa dan air itu akan lembut hatinya."
Menjawab persoalan, bagaimana membelai cinta jika si suami
asyik panas
baran beliau menjelaskan. "Apabila suami baran, isteri
kena sabar dan
redha kerana itulah suami kita. Orang yang baran
sebenarnya ada masalah.
Jiwanya sakit tenat dan perlu diubati. "Perhatikan di mana
kelemahan
suami
dan cari punca kenapa dia marah. Kemudian kita cari jalan
supaya dia
tidak
marah. Umpamanya kalau isteri lambat masak, suami akan
marah, jadi si
isteri hendaklah menyegerakan memasak. Ataupun setiap kali
balik ke
rumah,
suami mesti hendak minum, jadi cari jalan cepat-cepat
sediakan minuman.
Ertinya kita hendaklah menutup segala punca kemarahan
suami dan
lama-kelamaan penyakitnya akan reda.
Kalau dia yang menyalakan api kemarahan, isteri hendaklah
mendiam diri.
Jangan sesekali marah kerana marah itu bukan milik kita
tetapi haknya.
Jika kita tentang kemarahannya, ia akan lebih cepat
terbakar atau
merebak.
Lagipun api bukan lawannya api sebaliknya hendaklah
disimbah dengan air
supaya padam. "Untuk meredakan, amalkan surah Toha ayat
satu hingga enam
dan baca sebanyak 1,000 kali. Antara maksudnya, "Tha, Ha,
(Hai manusia),
tiada Kami turunkan al-Quran ini supaya engkau mendapat
celaka. Melainkan
peringatan bagi orang yang takut (kepada Tuhan). Wahyu
yang diturunkan
dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
Tuhan yang
Pemurah berkuasa di atas singgahsana. Kepunyaan-Nya apa
yang ada di
langit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di antara
kedua-duanya dan apa
yang ada di bawah tanah." Tiup kepada ubun-ubun atau
mukanya sehingga ke
pusat sebanyak tiga kali. Insya-Allah akan lembut hatinya.
"Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menegur
sesiapa sahaja
yang
masih mengabaikan rumah tangga sebaliknya hanya mahu
berseronok dan
berserakah, hendaklah segera bertaubat.
Nabi bersabda, Barang siapa yang telah melampaui 40 tahun
namun
kebaikannya tidak mengatasi kejahatan hendaklah dia
bersiap sedia untuk
masuk api neraka."
Dedah Ustaz penuh bermakna.
..........................................
22 Jun 2001