UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Penjelasan JANE's Intelligence Review : Tiada bukti Pas ada hubungan dgn Al-Qaeda

Singapura,Ahad 13 Jan - Majalah Britain yang terkemuka, JANE's Intelligence Review hari ini menarik balik tuduhannya kononnya Pas mempunyai hubungan politik dengan kumpulan Al-Qaeda pimpinan Osama bin Laden. Dalam satu kenyataannya kepada akhbar The Sunday Times (Singapura) , editor majalah itu Chris Aaron berkata, hasil siasatannya berikutan aduan Pas mendapati "tuduhan-tuduhan itu tidak tepat".

"Kami gembira untuk menarik balik tuduhan-tuduhan itu pada kesempatan yang pertama. Penerbit, dan Straits Times, juga ingin memohon maaf kepada Pas atas penerbitan tuduhan-tuduhan yang tidak tepat itu," tambahnya.

JANE'S Intelligence Review dalam rencananya mendakwa bahawa Pas mempunyai hubungan dengan rangkaian pengganas Al-Qaeda dan rencana itu disiarkan oleh akhbar Straits Times Singapura pada 4 Januari lalu.

Pas dituduh mempunyai hubungan politik dengan rangkaian pengganas itu, menurut dakwan majalah Britain itu, dan ibu pejabat parti itu yang memaparkan poster Osama bin Laden "memnunjukkan "pemikiran Pas" terhadap kumpulan itu.

Setiausaha Agung Pas Nasharuddin telah mengeluarkan kata dua kepada akhbar Straits Times berhubung dengan penerbitan rencana JANE's Intelligence Review itu dan mahu akhbar itu meminta maaf dalam tempoh tujuh hari mulai 8 Januari lalu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com