UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Umno & MCA: Gergasi Nazak

Kalau kita mengimbau semula kemenangan ketika di Lunas adalah penting untuk memperkatakan tentang kerjasama semua pendokong BA. Kerjasama mereka dalam memastikan jentera pilihanraya BA berjalan lancar sangat membanggakan.

Bayangkan, dalam keadaan serba kekurangan dan amat sederhana mereka bekerja dengan berbekalkan semangat dan kewarasan di dalam menyanggah kejahatan pihak lawan. Tiada hotel atau rumah penginapan mewah untuk mereka. Tiada peruntukan makan dan minum, malah mereka dengan relahati mengeluarkan wang dari saku sendiri bagi membiayai kos penginapan apalagi tentang makan. Dalam keadaan beginilah Allah telah memberikan mereka kekuatan untuk terus berjuang yang kemudiannya menghasilkan kemenangan itu.

Indera Kayangan dan Lunas sebenarnya saling tak tumpah dan hampir tiada perbezaan langsung dari beberapa sudut utama. Jika Lunas merupakan satu kawasan di mana peratusan pengundi Melayu dan Cina hampir sama banyak, begitu juga di Indera Kayangan.

Jika Pilihanraya Kecil Lunas diadakan setelah BA mengahadapi dua kekalahan dalam pilihanraya kecil, satu dalam Pilihanraya Umum 1999; maka Indera Kayangan akan memperlihatkan pusingan roda itu akan kembali di mana setelah kita dikalahkan dalam satu pilihanraya kecil di Likas dan satu Pilihanraya Umum di Sarawak.

Kalau dilihat dari segi lain pula, ternyata keadaan sekarang lebih banyak menyebelahi BA di Indera Kayangan. Hujahnya, keadaan perpecahan di dalam Umno Negeri Perlis sendiri sedang diperhatikan oleh para pengundi. Walaupun mereka cuba menyembunyikan perbalahan ini tapi adakah rakyat tidak menyedarinya langsung.

Yang lebih merunsingkan pimpinan BN di Putrajaya dan Kuala lumpur ialah perpecahan di dalam MCA yang hanya menunggu masa untuk meletup dan tanpa disedari oleh mereka, sebenarnya ada di kalangan dua pihak berbalah itu sedang memikirkan inilah masa yang sesuai untuk memetik suis peledak itu. Ini telah memaksa dua pihak tadi dipanggil mengadap ke Putrajaya pada minggu lalu oleh Mahathir.

Seperti Umno Perlis yang bercakaran itu, MCA yang terbahagi dua cuba sedaya upaya menyembunyikan kekeruhan hubungan di antara mereka. Timbul persoalan ketika mereka dipanggil ke Putrajaya, mengapakah Mahathir yang sangat mereka sanjungi itu perlu mengadakan dua perjumpaan yang berasingan. Bukankah perkembangan ini menunjukkan kedua belah pihak tadi masih belum berkompromi?

Mahathir dalam kenyataannya selepas itu menggambarkan bahawa dia berjaya menyatukan kedua belah pihak tadi. Mungkinkah ini cuma helah Mahathir yang seperti biasa suka berkata "ya" walau hakikatnya "tidak"?

Kalau ditinjau dengan lebih mendalam lagi permusuhan dalam MCA itu, secara praktik dan logiknya apakah wajar bagi anggota team B untuk bersengkongkol dengan musuh mereka sedangkan selama ini mereka bermati-matian menentangnya? Jika anggota MCA team B masih mahu juga berkempen untuk calon MCA di Indera Kayangan itu, maka rakyat secara umumnya bolehlah mengaggap bahawa cerita perpecahan mereka itu hanyalah SATU LAGI PROJEK SANDIWARA KERAJAAN BARISAN NASIONAL. Sesiapapun masih ingat tentang sandiwara surat perletakan jawatan Ling Liong Sik tidak lama dahulu. Sandiwara tersebut semakin jelas setelah Ling kembali dari bercuti selama 2 minggu di Australi.

Memang nyata dan benarlah BN (Umno & MCA) sekarang sedang nazak. Bernafas sekadar atas ehsan mesin alat bantuan pernafasan.

Apapun, keadaan ini sudah pasti akan membuka peluang kepada pimpinan dan penyokong BA untuk menambahkan keyakinan agar lebih kuat bekerja dan lebih berhati-hati, kerana gergasi yang sedang nazak itu sudah pasti akan melibaskan ekornya dengan lebih ganas lagi.

Enot Sabah

09.01.02




        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com