UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




NUTP akan kaji semula sokongan kepada calon BN - Siva

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) - Kesatuan Kebangsaan Perkhidmatan Perguruan (NUTP) akan mengkaji semula sokongannya terhadap calon Barisan Nasional (BN), Oui Ah Lan, dalam pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan, kata Setiausaha Agungnya, Dato' N. Siva Subramaniam, hari ini.

"Kami akan bermesyuarat esok bagi mendapatkan keputusan sama ada akan memberi sokongan yang sama kepada calon KeADILan, Khoo Yang Chong, 60, yang juga seorang bekas guru," katanya sewaktu dihubungi pagi tadi.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Siva menyatakan sokongan NUTP kepada calon BN, Oui Ah Lan, dalam pilihan raya berkenaan atas dasar beliau merupakan seorang bekas guru.

Menurut laporan sebuah akhbar harian semalam, Siva dilaporkan berkata, berdasarkan prinsip kesatuan jika ada ahlinya yang bertanding dalam pilihan raya, maka NUTP akan memberi sokongan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Mahfuz Omar, dalam kenyataanya semalam berkata, Kementerian Pendidikan sepatutnya mengambil tindakan terhadap NUTP kerana kesatuan itu secara terbuka menyatakan sokongan kepada calon BN, Oui Ah Lan, dan melanggar Perintah Am yang melarang kakitangan kerajaan terlibat dalam politik.

NUTP, katanya, yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena, merupakan sebuah kesatuan yang mewakili guru-guru dari seluruh negara dan tidak sewajarnya menyokong mana-mana parti politik.

"Bagi saya ini adalah penglibatan secara langsung NUTP dalam kempen pilihan raya di Indera Kayangan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan pemecatan jawatan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) di kementerian berkenaan, di Pusat Bandar Damansara.

Malah, katanya, tindakan ini juga dilihat bertentangan dengan dasar kerajaan yang tidak membenarkan mana-mana guru dan juga pelajar terlibat secara langsung dalam kancah politik.

Menurutnya pemecatan Presiden MPP UIAM, Dasuki Abdul Wahab, baru-baru ini hanya kerana memberi kenyataan ahkbar kepada pihak media jelas berunsurkan politik.

"Alasan yang diberikan mengenai pemecatan Dasuki adalah tidak munasabah dan ia tidak melanggar atau menyentuh nama baik universiti," katanya yang mengulas kenyataan Dasuki berhubung bantahannya terhadap aktiviti Puteri Umno yang cuba mempengaruhi mahasiswa di kampus.

Sebaliknya katanya, kenyataan yang dibuat oleh Dasuki itu adalah menyokong dasar kerajaan yang mahukan mahasiswa bebas daripada campur-tangan politik kepartian.

Sementara itu, sewaktu menyerahkan memorandum tersebut kepada Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pendidikan, Abdul Rahman Othman, beliau juga turut mengemukakan salinan surat keahlian puteri Umno yang ditandangani oleh Pengerusinya, Azalina Othman, kepada seorang ahlinya yang didakwa pelajar di sebuah universiti tempatan.

Turut diserahkan ialah surat penghargaan daripada Puteri Umno kepada pelajar yang sama kerana menyertai aktiviti-aktiviti puteri Umno.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com