UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Anak saudara Shahidan antara ditahan polis

KANGAR, 17 Jan (Hrkh)- Anak saudara kepada Menteri Besar Perlis, Dato' Sri Shahidan Kasim antara yang ditahan polis untuk dicamkan samada beliau terlibat dalam kes memukul Exco Pemuda Keadilan Selangor SD Johari.

SD Johari telah dipanggil oleh polis untuk membuat pengecaman dan beliau telah sahkan memang itulah antara orang yang memukul beliau.

Manakala dalam kejadian malam semalam, sekali lagi anak saudara Menteri Besar itu ditahan polis bersama tiga lagi kawan beliau kerana didapati membawa parang dalam kereta.

Sementara itu dalam kejadian yang lain, Penasihat Agama di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Abdul Hamid Othman tidak dibenarkan oleh para jamaah di Masjid Kampung Guar Syed Alwi yang terletak dalam kawasan pilihanraya Indera Kayangan untuk menyampaikan tazkirah.

Dr Hamid dikatakan meminta untuk memberikan tazkirah selepas solat Isyak tetapi telah dilarang oleh para jemaah dengan alasan waktu itu ada seorang ustaz yang telah dijemput untuk memberikan kuliyah agama.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com