UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Ir. Sahri ditahan polis

LUMUT: Setiausaha Agung keADILan Ir. Haji Sahri Bahri semalam diarahkan melaporkan diri ke Balai Polis Sitiawan pada pukul 10.30 malam.

Arahan melaporkan diri itu dikeluarkan bagi tujuan siasatan mengenai dakwaan polis kononnya beliau dan beberapa orang pemimpin keADILan yang lain mengepalai perhimpunan haram.

Menjelaskan perkara itu, Ir. Haji Shari menjelaskan bagaimana perhimpunan raya yang dihadiri beliau di Dewan Chung Hwa di sini telah dituduh sebagai perhimpunan haram oleh pihak polis. Malah menurut beliau, majlis rumah terbuka anjuran keADILan bahagian Lumut telah dikepung ketat oleh pihak polis.

Perhimpunan itu mematuhi pelbagai 'peraturan' ketat yang ditetapkan pihak berkuasa, termasuk diadakan di dalam dewan.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada pemimpin-pemimpin keADILan yang diarahkan menghadirkan diri ke balai polis semalam akan didakwa atas tuduhan menganjurkan 'perhimpunan haram'. Selain Ir. Haji Sahri, EXCO Pemuda keADILan Saudara Hanapiah Man turut terpaksa melaporkan diri ke balai polis.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com