ASSALAMMUALAIKUM;
Mampukah BA menegak di Indera Kayangan? Dalam keadaan
MCA yang bergolak, di atas kertas sudah menyerlah BA
akan memenangi pilihanraya kecil tersebut. Apatah lagi
calun BA itu kelak dari Keadilan.
Dari tempias di Kemaman, Keadilan masih menebal dengan
berpuak-puak, perletakan calun yang bukan menjadi
pilihan majoriti puak-puak di dalam Keadilan akan
meranapkan peluang BA untuk menambahkan kerusinya di
Perlis. Tentu saja Shahidan Kassim akan menarik napas
legak.
Calun yang di cadangkan iaitu saudara Anuar Tahir
telah di ketepikan dengan calun favourite dari
masyarakat Cina yang rata-rata tidak mendapat di hati
kesemua perwakilan Keadilan. Apatah lagi melihat pada
pilihanraya 1999, undi masyarakat Cina kepada BA
hanyalah 152 sahaja. Menyebabkan perhubungan Keadilan
Negari Perlis menyisihkan diri! Sementara PAS yang
pengundinya melebih 1000 orang akan berdiam diri
seperti yang berlaku pada 1999?
Walaupun MCA terjerat di dalam kancah ketidak
kesefahaman pendapat dan haluan, tetapi di Indera
Kayangan mereka telah mengenepikan hal-hal remeh
seperti itu. Tidak bolehkah Keadilan melakukan yang
sama di Indera Kayangan demi satu kemenangan?
Pergolakan yang berpanjangan tidak menguntungkan
sesiapapun yang akan melonggarkan perhubungan diantara
anggota BA. 2004 tidak jauh menanti. Fikirlah
Keadilan!Demi perjuangan bersama dan kemenangan yang
di harapkan, masa belum lagi terlambat. Lupakan yang
tidak menguntungkan. Masing-masing tidak perlu
mengangkat kaki bila bertegang leher di meja
persidangan. Selesaikanlah secara yang bijak kerana
kesemua rakyat mengharapkan satu perubahan. Perubahan,
jalan yang telah di tunjukkan oleh Keadilan akan hanya
menjadi debu masa kerana mengenepikan hasrat dan
tujuan perjuangan!
Wassalam.
laduniseven@yahoo.co.uk