UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Sebab keADILan Kalah Di Indera Kayangan

SAYA juga ingin memberikan sedikit pendapat apabila calon BA dari keADILan, Khoo Yang Chong tewas dalam pilihan raya kecil Dun Indera Kayangan, 19 Januari 2002 yang lalu. Pertama, para penyokong dan pendokong BA sudah semakin kerap menagih akhbar-akhbar kebangsaan yang secara halus terus menerus merosakkan keyakinan pembaca kepada BA.

Apakah kita semua sudah mula melupakan kempen boikot TV3, Utusan Malaysia dan NST yang pernah kita lancarkan dahulu? Saban hari akhbar-akhbar ini melaporkan perpecahan keADILan dengan tindakan keluar beberapa pemimpin parti ini meninggalkan parti dan menyertai Umno.

Saya sendiri terkejut apabila kawan-kawan dari jauh dan dekat menghubungi melalui telefon dan e mail, bertanya; itu dan ini, ekoran laporan dari media massa arus perdana. Maka saya jawab; sabarlah. Mengapa harus percaya akhbar arus perdana? Apakah kita semua sudah lupa bahawa kita perlu mengingatkan kawan-kawan, saudara mara dan para penyokong semua, jauhi semua media massa arus perdana dan kalau mahu membaca sekalipun, usah percaya.

Adalah sesuatu yang amat malang, jika kita semua yang sedar akan kezaliman dan kemungkaran dilakukan para pemimpin BN tetapi masih lagi menjadikan akhbar-akhbar jahanam itu sebagai bahan bacaan utama dan terus mahu percaya dengan propaganda yang disusun.

Untuk apa menonton berita TV? Apakah kita ketagih atau mahu terus dipengaruhi dengan pembohongan? Mulai sekarang, hingga 2004, beralihlah. Akhbar-akhbar alternatif seperti Harakah, Suara dan keADILan perlulah lebih tersusun, dan jangan mengeluarkan berita yang berulang-ulang. Perlu ada kesepakatan untuk memperlihatkan semua parti-parti pembangkang “selangkah dan sehayun” dalam perjuangan.

DAP perlu dibawa masuk semula dalam gabungan. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Di mana kepakaran Ustaz Fadzil Noor dalam menyelesaikan masalah dan saya percaya, dengan campur tangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan membolehkan DAP duduk semeja semula dengan PRM, keADILan dan Pas.

Satu cara terbaik yang harus ditanam dalam dada setiap penyokong reformasi ialah menyokong setiap langkah dan tindakan parti-parti gabungan BA. Kalau mereka keluarkan majalah, beli. Kalau mereka terbitkan buku, beli. Kalau mereka buat stickers, beli dan tampal dan sokongan yang berterusan ini akan membolehkan semangat yng semakin luntur kembali membara.

Sekat penjual-penjual stickers yang hanya mahu mencari keuntungan tetapi tidak menyumbang kepada kekuatan parti. Keuntungan yang mereka dapat, masuk poket sendiri dan kepentingan parti ditolak ke tepi.

Terima kasih kepada mereka yang membeli kalendar mahligai Dato’ Annuar Musa dan buku Penyelewengan PPRT – Siapa Benar (yang dipesan melalui e mail) kerana dengan memiliki bahan-bahan seperti ini akan menyebabkan minda kita semua disediakan dengan makanan yang sewajarnya.

InsyaAllah, jika kita semua tidak terpangaruh dengan pembohongan dan kezaliman, kita pasti inginkan sebuah negara yang lebih baik dari apa yang ada hari ini. Pemimpin rasuah dan zalim terus bermaharajalela. Suara pembangkang disekat dengan menghalang ceramah-ceramah politik. Media cetak hanya dikhaskan untuk menceritakan kebaikan parti mereka sahaja. Fikiran rakyat dibelenggu dan wang PPRT yang dikhaskan untuk rakyat termiskin menjadi wang saku pemimpin Umno yang rakus kerana mereka tahu, rakyat tidak kisah dengan rasuah, kronisme, nepotisme dan kemungkaran.

Ummu Natasya 2002
- 23.01.2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com