UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Biarkan PBS terjun dengan labu busuknya, biarkan!!!!

Siapa nak hairan PBS diterima masuk BN semula. Dah memang dasar parti katak lompat, nak hairan apa?. Si Pairin tu tak sedar yang dia juga akan dijual seluruhnya olih si Mahathir, jadi macam kuli anak raja gua musang tu, apa yang dia ada sekarang? cakapnya pun orang dah tak nak dengar.

Lagipun PBS tu dah tak ada pengaruh, alamat sekadar melukut ditepi gantanglah jawabnya. Orang macam si Pairin ni kalau diberi perintah Malaysia ni, alamat kantoi, kantoilah segala isi bumi Malaysia ni. 2x5 sama dengan siMahathir tu. Tapi yalah, orang jahat sudah tentu cari gu orang jahat jugak, kalau cari orang baik buat jadi gu, alamat terburailah pekung dan nanah dalam diri dia.

SiMahathir ni nampak sangat anti Islam, dengan PBS bukan main baik, tapi dengan PAS atau PKN semacam berkerat rotan. Dia sebenarnya tahu bahawa kedua dua parti tersebut berketuakan orang baik baik, jadi memang tak ngamlah bagi dia nak buat baik. Nanti kena dakwah, dia ni memang cukup anti dengan perkataan dakwah, tazkirah, muhasabah dan lain lain yang mengajak kepada kebaikan. Tapi kalau cakap pasal dakyah, dedah, rasuah, apa lagi nak punggah, porahhhh dan lain lain, gumbira dan berkenan sekali dia.

Dipendekkan cerita, tak ada apa untungnya dan ruginya PBS masuk BN semula. Dah tahu tong najis, dok nak lagi masuk balik. Apa punya jenis manusia pun tak tahulah, eeeh eeeh eeeh pelik hairan dan sasau dibuatnya. Tapi hakikatnya, kalau dah perut busuk tetap akan cari "kepala ikan busuk" juga untuk dimakan walaupun disua yang wangi sekalipun....itulah PBS ingat betul betul....PBS (Perut Busuk Sabah).

P'kayu




        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com