UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Jawapan Tepak dan Kunta Kinte mengenai tapak banglo Khir jelas satu pembohongan dan memalukan PKNS sendiri

Saya telah melawat sendiri tapak banglo yang sudah dibeli oleh Dr Khir Toyo di Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Masya-Allah, cantiknya pemandangan dari sini, tanahnya pun luas, iaitu hampir setengah ekar, lebih 22,000 kaki persegi, kalau dibuat banglo memang lawa.

Ia adalah kawasan tertinggi di antara semua tapak banglo yang dijual itu. Adalah semata-mata bohong dan dusta belaka, kalau mahu dikatakan tapak itu tidak laku dijual. Bagi saya, kalau tapak banglo yang dibeli Khir itu mahu dijual semula dengan harga RM30 sekaki persegi pun (Khir beli dengan potongan 50% menjadi RM10.00 sekaki persegi), saya sanggup tunggu jam 5.00 pagi, beratur di depan pintu PKNS Bangi untuk mendapatkan tanah itu.

Janganlah babitkan PKNS dalam hal ini sampai mahu dikatakan tapak tanah yang begitu cantik itu tidak laku dijual. Malu pegawai PKNS nak jawab hal ini. Saya pun ada kawan di PKNS Bangi, mereka kata mereka tak tahu nak jawab apa bila wartawan Harakah tanya betulkah tapak itu tak laku dijual hingga MB Selangor begitu berbaik hati membelinya bagi menyelamatkan PKNS dari kerugian!

Yang sebenarnya dalam mana-mana kawasan tapak banglo yang mahu dijual oleh PKNS, Pengurus Besarnya, Datuk Harun Salim pasti akan reservekan tanah yang paling strategik dan cantik sekali kepada tokoh-tokoh politik tertentu. Ini semua orang tahu. Tepak Bersulam dan KuntaKinte jangan bagi laman web Umno malulah ... hujah kamu tu palsu!

Dan mengenai daleh bahawa Dr Khir Toyo mendapat tawaran tapak banglo dua kali, iaitu di Shah Alam dan Bangi, dan dia merujuk jawapannya di DUN Selangor dulu adalah di Shah Alam, ini lagi mengarut. Teruklah PKNS sampai berkali-kali tawarkan tanah kepada Khir di Shah Alam sekali dan di Bangi sekali. Yang sebenarnya PKNS hanya tawarkan tanah kepada Khir di Bangi. Itu saja.

Rujukan saya dengan kawan-kawan di PKNS menunjukkan Khir tidak ditawarkan tanah di Shah ALam. Dan kalau Sdr nak tahu, Lutfi sudah dapatkan semua borang atau surat menyurat dalam fail PKNS, jadi macam mana kita nak temberang Lutfi sebab semua bukti telah diserahkan kepadanya. Nasihat saya, kalaupun nak bela Dr Khir, carilah hujah yang logik orang terima, kalau tidak orang akan ketawakan kita nanti. Kalau Khir jatuhpun, Umno tak akan tergugat jika kita bersikap ikhlas dan berani mengaku kesalahan.

Oleh : Pak Teh






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com