UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Cadangan jadual baru waktu kerja lebih awal

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Encik Mohd.Azmi Lop Yusof mencadangkan supaya Kerajaan Negeri membuat jadual baru kerja bagi jabatan kerajaan yang mengikutnya sesuai dengan kehendak Islam.

Jadual kerja bagi kerajaan Negeri itu, mesti bermula dari jam 7.30 pagi dan rehat dari jam 11.30 hingga 12.30 tengahari dan balik jam 5.30 petang. Katanya, waktu rehat yang panjang itu membolehkan pegawai-pegawai tidur, kerana mereka bangun pagi. Dan kerja pagi itu digalakkan dalam Islam. Katanya, sistem ini telah berjalan di setengah negara dan dipercayai ia sesuai dengan kehendak Islam. Mohd. Azmi bercakap demikian ketika menyokong ucapan belanjawan 2002 Menteri Besar yang dibentangkan pada 11 November lalu. Katanya, mana tahu kalau Perdana Menteri akan menirunya kerana ia adalah kaedah waktu bekerja yang baik.

Kalau Kerajaan Pusat boleh tertarik dengan kerja lima hari seminggu yang dilaksanakan di Terengganu dan Kelantan maka tentu Kerajaan Pusat juga akan tertarik dengan cadangan itu. Kenyataan itu disambut dengan gelak ketawa oleh ahli-ahli dewan.

Ucapan Mohd. Azmi menarik perhatian kerana telah membuat banyak saranan. Antaranya:

• Meminta Kerajaan Pusat memulangkan balik wang royalti setelah Malaysia dikatakan sudah menjadi negara Islam, kerajaan Islam tidak menindas rakyat. Merampas wang royalti adalah satu penindasan ke atas rakyat Terengganu.

• Meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang membuat keuntungan banyak membebaskan semua surau dan masjid di Terengganu dari membayar bil. Ia dikira sebagai zakat Tenaga kepada negeri itu.

• Minta Kerajaan Negeri membina litar lumba motosikal untuk remaja yang berminat supaya mereka tidak mengganggu jalan raya. Kalau dengan perlumbaan mereka sampai ajalnya, maka biarlah mereka menghadapinya di situ, tidak mengganggu lalu lintas.

• Menyarankan supaya wang ehsan digunakan untuk membiayai perkara yang lebih berfaedah, seperti membina surau-surau.

• Pagar-pagar baru yang membazir, lebih baik digunakan untuk membeli komputer, bantuan buku dan lain-lain.

• Minta jabatan alam sekitar membuat perkiraan tentang kesan alam sekitar di kawasan Kertih yang sudah tidak lagi menitis embun waktu pagi akibat pembangunan yang tidak terancang.

Mohd. Azmi menyatakan kesyukurannya dengan kemajuan pembangunan rohani di negeri Terengganu di bawah kerajaan baru. Walaupun Terengganu tidak ada kemajuan industri akibat rampasan wang royalti, tetapi Terengganu dapat pembangunan rohani hasil dari ketekunan Menteri Besar Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang yang menjelajah setiap masjid daerah untuk memberi kuliah.

ADUN Bandar itu juga memulangkan paku buah keras kepada Barisan Nasional (BN) yang merampas wang royalti itu atas alasan kerajaan PAS menggunakannya untuk parti, tetapi dalam akhbar The Star baru-baru ini menyebut dua sekolah jenis kebagsaan Cina di Terengganu diberi bantuan wang ehsan melalui MCA Terengganu.

Beliau tidak menentang bantuan diberi kepada sekolah Cina, tetapi beliau mahu bantuan itu dibuat oleh kerajaan Terengganu yang berhak atas wang royalti.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 13 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com