UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




LTH serah kereta jenazah RM90,000

KUALA TERENGGANU: Lembaga Tabung Haji (LTH)menyerahkan sebuah kereta jenazah berharga RM90,000 kepada Pengerusi Masjid Wakaf Tembesu yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Haji Abu Bakar Abdullah untuk tujuan perkhidmatan pengurusan jenazah umat Islam. Pengarahnya, Haji Tengku Aziz Raja Abdullah berkata, ia adalah kereta jenazah pertama disumbangkan oleh lembaga itu kepada masjid di negeri ini selepas hanya satu sahaja permohonan diajukan kepada LTH."Sebelum itu lembaga tidak pernah menerima sebarang permohonan dari mana-mana masjid dari seluruh negeri tidak seperti di negeri-negeri lain," katanya ketika dihubungi di sini untuk mendapatkan penjelasan berhubung dengan penyerahan tersebut.

Katanya, sehingga 28 November lalu LTH hanya menerima satu sahaja permohonan dan beliau menjangkakan permohonan itu bertambah di masa akan datang. Beliau berkata ahli jawatankuasa masjid berkenaan bertanggungjawab menguruskan kereta itu dan menanggung segala kos penyelengaraannya.

"Lembaga hanya menyerahkan kereta itu kepada ahli jawatankuasa masjid, manakala pihak masjid pula bertangggungjawab menggunakannya untuk tujuan pengurusan jenazah umat Islam yang tidak terhad kepada pengurusan jenazah di sekitar kampung masjid berkenaan sahaja," katanya.

Orangramai boleh menghubungi pihak masjid itu untuk mendapatkan khidmat kereta jenazah tersebut. Katanya, pihak masjid boleh menentukan sendiri harga perkhidmatan yang diberikan. Bagaimanapun pihak masjid tidak sepatutnya memaksa orang ramai membayar harga perkhidmatan ditentukan kerana mereka patut membantu orang ramai yang tidak berkemampuan.

Haji Tengku Aziz berkata, LTH juga bersedia membantu pihak masjid menyiapkan kertas kerja untuk mendapat kereta jenazah berkenaan. Katanya, LTH hanya memperuntukan sebuah kereta jenazah untuk setiap daerah.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com