UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Zatul cemerlang dalam semua bidang

KEMAMAN: Zatul Rathiah Sulong @Abdul Razak,18, dianugerahkan sebagai pemenang pingat emas pada penganugerahan pingat emas dan hadiah kecemerlangan kali ke 22 untuk tahun 2001 bertempat di Dewan Berlian Utama, Majlis Daerah Kemaman 19 November lalu. Beliau selayaknya dianugerahkan pingat emas bagi tahun ini kerana berjaya mengatasi calon-calon lain dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2000, dengan mendapat 6 1A dan 3 2A menjadikan 9A dan pangkat B dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.Anak sulung kepada Haji Sulong @ Abdul Razak dan Hajjah Fatimah Hashim merupakan seorang bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu dan meneruskan pelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sheikh Abdul Malik. Ketika ditemui beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak, terutamanya ayah, ibu, guru-guru, rakan-rakan dan adik-adik serta semua yang mengenali dirinya kerana tanpa sokongan mereka, kejayaannya hari ini tidak mungkin menjadi satu kenyataan.

"Saya juga mengambil kesempatan untuk memberi pesanan kepada semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan supaya belajar bersungguh-sungguh. Tumpukan perhatian semasa guru mengajar dan kalau boleh jangan tunggu masa nak periksa, baru nak belajar, kerana itu adalah cara yang tidak selamat. Pastikan ada jadual tersusun dalam mengulangkaji," ujarnya. Beliau juga sempat mengingatkan adik beradiknya yang lain supaya menjadikan kejayaan beliau hari ini sebagai satu dorongan dan semangat untuk berjaya dalam pelajaran.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com