PERLAWANAN BOLASEPAK FUTSAL (5 SEBELAH) LELAKI
ANJURAN PARTI KEADILAN NASIONAL (KeADILan)
SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KeADILan ke-3
DI SAMBUT PADA 6HB APRIL 2002
A. Syarat-syarat & Peraturan Perlawanan
1 . Peraturan perlawanan pada dasarnya menurut peraturan FIFA dengan penegasan atau perubahan dibawah.
2 . Perlawanan berdasarkan kalah-mati.
3 . Setiap pasukan boleh mendaftar 8 pemain maksimum dan 5 pemain minimum
4 . Setiap pasukan dimestikan membawa bola sendiri untuk memungkinkan perlawanan. Pastikan bola itu cukup angin.
5 . Setiap perlawanan berjalan selama 15 minit (7 minit separuh masa pertama dan 8 minit separuh masa kedua). Tiada masa rehat.
6 . Setiap perlawanan hanya di adili oleh seorang pengadil.
7 . Pasukan yang sedang berlawan dikehendaki menyediakan penjaga garisan.
8 . Pasukan dibenarkan memakai kasut but kerana perlawanan diadakan di atas padang rumput.
9 . Pasukan hendaklah memakai jersi atau baju-T (berwarna seragam) yang mempunyai nombor yang berlainan bagi setiap pemain bertujuan untuk memudahkan pengadilan.
10 . Perlawanan hanya terhad pada 5 pemain sahaja termasuk seorang penjaga gol.
11 . Pemain boleh bertukar ganti. Pertukaran tidak terhad asalkan perlawanan kekal dengan 5 pemain sepasukan. Boleh bertukar dengan pemain yang sama.
12 . Hanya 4 saat sahaja di izinkan dalam keadaan yang tidak aktif semasa perlawanan - bola keluar padang, penjaga gol pegang bola, tendangan percuma dan seumpamanya.
13 . Jika pasukan berkenaan gagal berpegang pada 4 saat seperti perkara 12, tendangan percuma akan diberikan pada pihak lawan. Namun ihsan dan keputusan pengadil adalah muktamad.
14 . Jika kegagalan 4 saat itu dilakukan oleh penjaga gol dalam petak penaltinya, tendangan percuma akan diberikan pada pihak lawan dimana-mana kawasan luar petak penalti dengan meletakkan bola 2m dari garisan petak penalti itu.
15 . Tendangan percuma hasil dari apa jua keadaan dibenarkan tendang terus ke pintu gol dengan tujuan untuk mendapatkan gol. Dindingan pihak lawan hendaklah 5m dari bola.
16 . Kekasaran yang berlaku, termasuk "handball" diluar petak penalti, tendangan percuma untuk pihak lawan.
17 . Kekasaran dan "handball" yang sengaja dalam petak penalti sendiri boleh memberi sepakan penalti untuk pihak lawan.
18 . Bola yang diberikan oleh penjaga gol kepada kawannya tidak boleh di kembalikan kepada penjaga gol berkenaan kecuali bola itu telah melepasi garisan tengah atau telah dirampas oleh pihak lawan dan kemudian dirampas semula.
19 . Jika pemain menyalahi perkara 18 diatas, sepakan percuma seperti perkara 14 akan diberikan kepada pihak lawan.
20 . "Sliding tackle" dari sudut mana sekalipun dan "tackle" dari belakang tidak dibenarkan sama sekali. Sepakan percuma akan diberikan kepada pihak lawan.
21 . "Sliding tackle" dan "tackle" dari belakang boleh memungkinkan pemain yang bersalah itu diperintah keluar padang menurut keadaan yang di teliti oleh pengadil. Jika tidak, amaran pertama akan diberikan. Amaran kedua menatijahkan keluar padang.
22 . Sepakan penalti akan di langsungkan jika perlawanan sepenuhmasa (15 minit) berkesudahan dengan seri.
23 . 3 kali Sepakan penalti (per 22) setiap pasukan secara bergilir akan dilangsungkan untuk menentukan kemenangan.
24 . Jika per 23 berkesudahan dengan seri juga, maka satu sepakan bagi setiap pasukan dari garisan penalti pintu gol ke pintu gol kosong (tanpa penjaga gol) yang bertentangan di seberang.
25 . Keputusan pengadil adalah muktamad. Namun pengadilan dituntut agar dilakukan dengan penuh adil demi kesejahteraan bersama meraikan sambutan ulangtahun parti.
26 . Pihak penganjur tidak mewujudkan saluran aduan. (Perlawanan berdasarkan kalah-mati).
Perlawanan Bola Sepak Futsal 5 sebelah terbuka (lelaki)
Anjuran Parti Keadilan Nasional (KeADILan)
Sempena Sambutan Ulang Tahun KeADILan ke-3
Di Sambut pada 6 hb April 2002
Mula Jam 8.00 pagi, Padang Seksyen U2 TTDI Shah Alam
Borang Penyertaan (sila isi jika berkenaan)
1. Nama Pasukan
2. Nama Ketua Pasukan
3. Nama Organisasi
4. Daerah / Cawangan
5. Negeri
Pendaftaran Pemain-pemain
No. Nama Penuh Pemain Nombor Jersi
1
2
3
4
5
6
7
8
a) Yuran penyertaan = RM20 sepasukan
b) Tarikh tutup penyertaan : 1 hb April 2002
c) Serahkan borang penyertaan kepada : Suhaimi Mohd Daud (hp 019-3156375)
Atau e-mel kepada : suhaimi_mohddaud@hotmail.com
Atau alamatkan ke : Ibu pejabat Parti Keadilan Nasional, 101 & 201 Blok A, Pusat
Dagangan Phileo Damansara II, No.15 Jalan 16/11 Off Damansara, 46350 Petaling
Jaya, Selangor (UP : Urusetia Sukan Futsal)
Untuk Kegunaan Urusetia Sukan Futsal
1) Terima bayaran RM20 /= dari pasukan : ________________________________
2) Di terima daripada (nama yang membayar) : _____________________________
3) Tarikh menerima bayaran : ________________
4) Nama dan Tandatangan penerima : ____________________________________
______________________
Terbitan : 30 Mac 2002
Ke atas
Home