Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Adakah akhbar-akhbar berbahasa Melayu cukup takut melaporkan perkara benar berkenaan Khir ?

Oleh : WARTAWAN HARAKAH

Perjumpaan antara wartawan dengan Menteri Besar Selangor malam Ahad lalu, serentak dengan majlis berbuka puasa, menimbulkan pelbagai cerita menarik tentang masa depan Dr Khir Toyo.

Meskipun bagi pemberita biasa, mereka pulang lebih awal, tetapi difahamkan untuk para editor kanan, pertemuan dengan Khir berlanjutan hingga tengah malam. Tentunya ada isu penting yang dibincangkan khususnya mengenai dakwaan rasuah terhadapnya.

Akhbar-akhbar berbahasa Melayu mengambil sikap menyembunyikan berita mengenai aduan yang dibuat oleh Ahmad Lutfi Othman kepada BPR. Pada 24 Oktober lalu, hanya akhbar The China Press yang membuat laporan tentang aduan pertama Lutfi di Ibu Pejabat BPR Putrajaya.

Bagaimanapun apabila Dr Khir memberikan respons kepada laporan Lutfi itu, semua akhbar arus perdana menyiarkannya. Malah Khir menyalahkan Lutfi kerana tidak terlebih dahulu berjumpa dengannya bagi mendapatkan maklumat lanjut. Jika Lutfi berhasrat berjumpanya, kata Khir, beliau akan menerimanya.

Akhbar-akhbar utama berbahasa Melayu juga menyiarkan kenyataan sumber BPR pada 4 November, yang mendakwa mereka hanya menerima maklumat berhubung dakwaan rasuah kepada Khir dan bukannya satu laporan rasmi.

"ORang ramai jangan terkeliru mengenai perkara ini kerana yang diterima adalah maklumat dan bukannya aduan rasmi," kata sumber BPR tanpa nama yang dipetik oleh Mingguan Malaysia.

Begitu juga apabila semua akhbar Ahmad Lutfi berjudul Memo14, sejumlah leboh 43,000 dirampas oleh pihak polis Bukit AMan dan Polis Ibu Pejabat Daerah Shah Alam, tiada laporan dibuat.

Tetapi apabila Lutfi muncul di depan dewan persidangan DUN Selangor esoknya, dan mencabar Khir Toyo, dalam masa seminggu untuk mengambil tindakan undang-undang kepadanya, akhbar The Sun membuat laporan yang agak menyeluruh, bagaimanapun akhbar Melayu tetap berdiam diri.

Sehinggalah apabila Mingguan Malaysia menyiarkan wawancara khas satu setengah muka surat dengan Khir bagi menjawab segala pertuduhan kepadanya, akhbar-akhbar berbahasa Melayu, kecuali yang diterbitkan pembangkang, seperti tidak melihat isu ini ada nilai berita meskipun Lutfi mengemukakan segala bukti yang boleh menguatkan hujahnya.

Dan soalnya kini, apa yang dibincangkan apabila editor-editor kanan berjumpa dengan Khir dalam suasana seperti ini? Mungkinkah telah diatur strategi untuk mempertahankan MB termuda, tapi begitu ghairah dengan projek dan tanah, termasuk tapak banglo setengah ekar milik PKNS di Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi itu?

Khir dan segala penyokongnya tidak perlu gentar. Mereka memukul gendang di seluruh negeri ini bahawa apa yang dikemukakan Lutfi adalah fitnah, tetapi masa sama mereka menamakan beberapa anggota Exco, ADUN dan pemimpin Umno Selangor yang lain sebagai sumber yang membocorkan rahsia kepada Lutfi.

Dalam sebuah negara maju yang mengamalkan kebebasan akhbar, data-data seperti siapa yang mendapat tanah daripada kerajaan negeri bukannya satu berita eksklusif. Malah menjadi kewajipan kepada pemimpin negara untuk membutirkan segala maklumat yang diminta oleh rakyat sebagai tanda berlakunya ketelusan dan rasa pertanggungjawaban dalam menguruskan sesebuah negeri.

Begitu juga dengan nilai projek dan fakta-fakta berkaitan sesebuah kontraktor yang diperolehi Lutfi. Ia bukan satu maklumat yang perlu disembunyikan dan justeru itu, tidak timbul isu kontroversi untuk menuduh mana-mana pihak dalam kerajaan yang membocorkannya.

Sayang sekali akhbar-akhbar berbahasa Melayu cukup takut, walaupun untuk melaporkan pergerakan Lutfi yang membuat aduan demi aduan. Kalau mereka boleh menyiarkan kenyataan sumber BPR tanpa nama bagi menafikan apa yang Lutfi adukan kepada BPR itu satu aduan rasmi, maka mengapa mereka tidak boleh memberikan ruang yang cukup kecil, dua perenggan pun sudah memadai, apabila Lutfi kembali semula ke Ibu Pejabat BPR, Putrajaya, untuk membuat sekali lagi aduan, yang memenuhi ciri-ciri sebuah aduan rasmi sepertimana kehendak BPR.

Apakah hanya dengan melaporkan seorang pengadu membuat laporan kepada BPR berkaitan seorang Menteri Besar maka sebuah kerajaan negeri pimpinan Umno boleh tergugat ataupun dipalit lumpur? Tentu jawapannya tidak. Sebuah kerajaan yang kuat dan mesra-rakyat harus bersedia untuk ditegur dan dikritik, serta lebih penting dari itu pemimpin tertinggi dapat segera mengetahui apa respons rakyat terhadapnya bagi mengatur gerak langkah supaya segala tindakannya tidak bercanggah dengan aspirasi rakyat.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com