Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Sembang-sembang Khir di FGR (6)

I.
Oleh : Anonymous
he he he he khir tolong melayu?
Tue Dec 11 00:36:41 2001

he he he,si khir ni sebanarnya tolong sapa,dia tolong Pua Kim An,tolong Karim gadai begitu banyak tanah kepada taukeh Cina,cari keliling banting dan sijangkang budak-budak nama jadi penama dia, tolong sedara dia jadi kaya raya. nak tergelak aku si pengampu ni puji khir dan hujah bodoh dia sama dengan hujah bodoh khir dalam mingguan malaysia tu carilah hujah lain kalau nak sokong sangat si perasuah ni

II.
Oleh : Anonymous
buruk sangat perangai kamu tu khir
Mon Dec 10 23:13:51 2001

entah apa yang difikirkan khir toyo malam-malam ni sementara pengampu dan pembodeknya makin penin nak cari siapa pemecah rahsia kepada lutfi, sampai habis semua exco disyakki. begitulah bila orang dah kelemasan, apa yang ada ditepinya digapai, akhirnya semua sekali hilang di perut sungai, kasihan .. kasihan. itulah elok-elok orang bagi amanah memimpin negeri terkaya di malaysia, gelojoh sangat nak puluh harta negeri sampai tak sempat-sempat, eh buruk sangat perangai kamu tu khir.

III.
Oleh : siapa dia orang dlm UMNO yg bongkar rahsia
Semakin banyak rahsuah Khir didedahkan
Tue Dec 11 01:16:06 2001

suku sakat Khir pening kepala nak cari gunting dlm lipatan yg mendedahkan rahsuah boss mereka. mereka betul2 marah kerana nama2 orang yg dpt tanah didedahkan, kalau boleh mereka mahu akta OSA dibuat khas untuk negeri Selangor supaya senang MB nak bagi tanah pada sapa saja yg dia suka.

IV.
Oleh : Anonymous
caranya, tangkap saja Lutfi di bawah ISA
Tue Dec 11 01:20:05 2001

tangkap saja si Lutfi di bawah ISA, tanya dia siapa yang beri maklumat, barulah seluruh negara tahu bagaimana ramainya musuh Khir dalam parti sendiri.

V.
Oleh : Anonymous
Taukeh Meram Holding lari keluar negeri
Wed Dec 12 12:04:28 2001

Taukeh Meram Holdings terpaksa lari keluar negeri pasal pejabatnya di Jalan Klang lama tiap-tiap hari dipenuhi sub-kontraktor yang marah pasal mereka tahu Meram dapat duit banyak dari projek di Sekinchan, RM92.5 juta, walhal sebenarnya Meram tak dapat apa pun. pejabatnya dah jadi macam pejabat gangster berjumpa, kasihan taukeh Meram ni dek perangai busuk Khir Toyo

VI.
Oleh : TepakBersulam
Bersihkan fitnah terbaru Khir Toyo, anak Badarudin Speaker
Wed Dec 12 10:48:34 2001

aku minta siapa-siapa yang ada kenal rapat dengan PM, sebutkan sikit pasal anak Badarudin Amiruddin, speaker Kedah yang FGR kata ada bukti tentang rasuah baru Khir Toyo. Biar Mahathir jumpa sepatah kata dengan Badaruddin. Kita tak mahu lepas ni banyak lagi cerita yang tak boleh nak dipastikan. tolonglah budak-budak dekat Yan sana ...

VII.
Oleh : Anonymous
BPR Shah Alam sudah jadi budak Khir
Wed Dec 12 12:12:32 2001

Puan Azni, Pengarah BPR Shah Alam tak akan berani siasat kes toyo, apatah lagi kalau nak siasat anak Badarudin Amirudin. aku berani potong jarilah, BPR Shah Alam sudah jadi budak Khir!

VIII.
Oleh : bad2game
Re: Bersihkan fitnah terbaru Khir Toyo, anak Badarudin Speak
Wed Dec 12 11:00:43 2001

Cerita sebenar pun kalau sampai dekat Mahathir mesti diredius sehingga paling minima bagi menjaga dan menjana anak buahnya supaya dikategori bersih, cekap dan amanah. Walau pun di sana kotor, lemah dan kianat.

Kirim salam buat Mahathir, mudah-mudah duit ihsan kat Terengganu juga akan menjadi cucuran asbab PM dihisab oleh Allah dengan pekat di Padang Mahsyar nanti.

Sama-samalah kita lihat, waktunya sudah semakin senja.
Insya Allah.

IX.
Oleh : Ahli UMNO Shah Alam
Anak Badarudin Amirudin ada cerita menarik pasal Khir
Wed Dec 12 09:35:31 2001

hai tak habis-habis cite pasal khir toyo, yang bela pun banyak juga, sebab dapat tanah dan projek. atau paling kurang nak rapat dengan MB, mana tahu rezeki datang bergolek. Yang penting Dr Karim dan Selamat Dollah tahu kita berbakti membela Khir Toyo dari serangan gila Ahmad Lutfi dan Hassan Ali. Peliknya semua pengampu Khir sehingga belum jawab isu sebenar yang dilaporkan kepada BPR. Kisah pasal Meram Holding, anak-anak 20 tahun dapat tanah, orang yang sama, terutama yang rapat dengn khir dan Karim dapat tanah berulang kali, serta Khir dapat tanah murah PKNS di Bandar Bangi sudah banyak disentuh.

Tapi aku tertarik pasal cerita anak Speaker Kedah, Badarudin Amiruddin, iaitu Azarudin, yang pernah jadi akuantan dalam syarikat hartanah terkemuka, Talam Holding, yang taukehnya Tan Ah Chai, Tan Sri. Menurut Azarudin, beliau pernah menguruskan wang sebanyak RM8 juta untuk diserahkan kepada Khir, lanjutan daripada rasa terima kasih Tan Ah Chai mengenai projekpoembinaan Universiti Selangor, Unisel.

Menurut perjanjian, Talam membina Unisel dengan harga RM600 juta dan kerajaan negeri Selangor tak payah bayar satu sen pun. Kerajaan Selangor hanya balas dengan beribu-ribu ekar tanah seperti di Puchong, Pulau Indah dan sebagainya kepada Talam dan harga tanah itu lebih daripada RM1.2 ribu juta ringgit, iaitu dua kali ganda daripada harga Unisel. Siapa-siapa yang tak percaya, terutama BPR dan Mahathir sendiri, bolehlah panggil Azarudin ini. Senang saja, PM perlu tanya dengan bapanya, Badarudin Amirudin, kan mereka berdua pun rapat. Biar anak Badarudin ini jelaskan perkara sebenarnya.

X.
Oleh : Anonymous
asyik-asyik tolong orang miskin, yang MB sapu tanah tu ....
Wed Dec 12 12:57:08 2001

lagi lagi lagi dan lagi pasal Mb tolong orang miskin dapat tanah, memang kerja MB kena tolong orang susah.. tak payahlah sembang panjang bab ni. Tapi yang kami persoalkan, kenapa sapu duit projek bina jalan di sg panjang/ sekinchan sampai RM20-30 juta, kenapa sapu tanah beratus ekar atas nama budak-budak yang tahu apa, kenapa arahkan jurutera JKR di SHah Alam serahkan projek kepada kroni, kenapa sergah GM PKNS sampai dapat tanah harga murah, kenapa bagi tanah pada kroni macam Ahmad Termizi Teujeryyu berulang kali dalam masa singkat, kenapa luluskan tanah pada orang yang baru 40 hari jadi pengarah syarikat, kenapa dan kenapa,

.............bersambung




        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com