UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




MANIFESTO TANGGUNGJAWAB KESEDARAN POLITIK

HURAIAN KESEDARAN POLITIK BAKU

Tulisan ini mungkin tidak dibaca oleh mereka yang berpegang kepada slogan: Dulu, Kini Dan Selamanya. Lagipun, sebilangan besar daripada mereka (khasnya di Sabah) adalah terdiri daripada mereka yang jahil dan muflis akal budi. Walaupun mereka memakai baju dan topi yang berslogankan Dulu, Kini Dan Selamanya, namun, mereka memakainya bukan atas kesedaran politik baku, tetapi, mereka memakainya kerana mengharapkan sedikit habuan atau ganjaran untuk mengisi perut diri dan anak bini mereka di rumah.

Dengan kata lain, ramai pendukung Dulu, Kini Dan Selamanya yang mengemis kepada parti atau wakil rakyat untuk meneruskan hidup. Sebab itu ramai pendukung Dulu, Kini Dan Selamanya yang bergentayangan dan mundar-mandir dari pejabat ke pejabat wakil rakyat sambil mengadukan masalah peribadi mereka dengan harapan wakil rakyat berkenaan menyeluk saku dan memberikan beberapa puluh ringgit kepada bidak Dulu, Kini Dan Selamanya.

Penulis tidak kata semua, tetapi sebilangan besar bidak Dulu, Kini Dan Selamanya yang tidak memahami nilai dan makna perjuangan politik baku yang sebenarnya. Mereka buta tentang betapa peranan politik bukan sahaja menentukan halatuju negara, halatuju ekonomi dan halatuju sosial sesebuah negara, tetapi juga halatuju nilai dan makna sejarah sesuatu bangsa dan sesebuah negara. Ingatlah tragedi yang telah menimpa umat Melayu di zaman Kesultanan Melaka. Walaupun umat Melayu di zaman Kesultanan Melaka sudah lama mati, tetapi kesannya masih terasa oleh generasi kita yang masih hidup bagaikan mimpi buruk yang menghimpit.

Justeru, kepada semua pembaca yang budiman penulis merayu, agar menilai tulisan ini dengan fikiran yang terbuka, dan yang paling penting ialah, niat yang baik jangan disalah erti. Apa yang penulis kata boleh jadi betul dan boleh jadi salah. Yang betul lambat laun akan diterima dan yang salah akan ditolak. Sebagaimana hipotesis Aristarchus, yang menerangkan bahawa semua planet, termasuk bumi mengelilingi matahari, tetapi hipotesis tersebut telah ditolak selama lebih dua ribu tahun, atas sebab kewibawaan Aristotle menyanggahnya dengan antitesisnya bahawa bumi adalah pusat jagat. Bagaimanapun, Copernicus dan para saintis moden telah membuktikan bahawa hipotesis Aristarchus betul, sementara hipotesis Aristotle salah. Demikianlah hukum kebenaran, sekalipun terbenam beribu-ribu tahun dianggap karut, namun akhirnya akan diakui juga kebenarannya.

Bahaya Pemusatan Kuasa

Kebangkitan gelombang masyarakat sejak pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim, tidak semata-mata kerana membela penganiayaan oleh para kroni samseng Mamak Iskandar Cottay ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim, tetapi juga sebagai reaksi orang yang berani terhadap segala penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh kroni samseng Mamak Iskandar Cottey.

Penyelewengan serius Mamak Iskandar Cottey ialah pemusatan kuasa negara secara mutlak pada dirinya. Sehingga perlembagaan negara sebagai asas dan sendi negara tidak lebih dari suatu kertas kosong yang boleh dijadikan alat untuk mengelap lubang keramatnya sahaja. Dengan ungkapan lain, kuasa tertinggi negara tidak lagi dimiliki oleh parlimen, kerana parlimen negara yang sebenarnya ialah lubang keramat Mamak Iskandar Cottey. Tegasnya, jaminan dan fungsi Rukun Negara bukan sahaja kabur malahan diabaikan atau seolah-olah tidak wujud. Oleh sebab itu, Mamak Iskandar Cottey telah melanggar atau telah berlaku perlanggaran ke atas seluruh jentera negara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang PM. Tegasnya, Mamak Iskandar Cottey bukan Perdana Menteri tetapi adalah seorang Pembangkai Manusia. Tetapi sedar sikit Mamak Iskandar Cottey, negara majikan masyarakat, masyarakat majikan pemimpin, kalau tatanan ini sudah meresap ke dalam jiwa masyarakat, nescaya pemimpin laksana anjing kurap dalam negara demokrasi.

Bahaya Pendewaan Keamanan

Pendewaan Keamanan dan kestabilan yang bermuslihat telah membunuh prinsip kedaulatan masyarakat yang memahami makna demokrasi. Ucapan yang selalu dikumandangkan ialah: Negara memerlukan Keamanan dan kestabilan untuk meningkatkan ekonomi dan pembangunan. Sebab itu Ikut Suka Aku (ISA) masih diperlukan. Alasan sedemikian di awal kemerdekaan negara mungkin boleh diterima, kerana negara ketika itu memerlukan masa peralihan dari suasana kacau-bilau politik dan ekonomi yang disebabkan oleh ancaman komunis kepada suasana aman, iaitu suatu keadaan semi darurat. Atas pertimbangan inilah, maka pencabulan demokrasi secara sementara boleh diterima.

Tetapi, negara kita sekarang sudah bebas daripada ancaman komunis. Kenapa ISA yang terang dan nyata mencabul amalan demokrasi terus dikekalkan? Lantaran itu kita faham, bahawa ISA yang pada asalnya merupakan alat sementara kerajaan untuk menghadapi komunis, akhirnya telah dijadikan format politik yang bertujuan untuk mempertahankan kuasa. Oleh sebab itu, orang ramai perlu disedarkan oleh para cendekiawan dan pendukung keadilan tentang betapa negara telah diletakkan dalam suatu format politik baku yang bertujuan untuk memperkosa asas kedaulatan orang ramai dengan cara membakukan suasana semi darurat dari dekad ke dekad.

Bahaya Pendewaan Pembangunan

Pendewaan Pembangunan ekonomi yang berlebihan akan mengakibatkan kesan yang negatif. Pada awal tahun 80-an, berbekalkan tenaga kerja negara yang murah dan melimpahnya bahan mentah hasil pandangan jauh dan perancangan jangka panjang Tun Abd. Razak, kerajaan telah membuka pintu kepada pelabur asing seluas-luasnya. Modal asing mengalir masuk, hasil bumi dan sumber alam semulajadi negara dieksploitasi habis-habisan dan semahu-mahunya. Tetapi hanya sekelompok dan sebilangan kecil sahaja dari penduduk negara ini (khasnya di Sabah) yang mendapat manfaat dari pengeksploitasian sumber alam dan pengaliran masuk modal asing tersebut.

Sekelompok kecil yang mendapat manfaat dari pengeksploitasian sumber alam dan pengaliran masuk modal asing tersebut, terutama di awal 90-an adalah mereka yang hampir, dekat dan rapat dengan pemimpin dalam kerajaan. Sedangkan sekelompok besar dari rakyat di negara ini hanya menjadi penonton kepada lonjakkan kekayaan dan kemewahan mereka yang hampir, dekat dan rapat dengan pemimpin dalam kerajaan. Pemimpin yang mengkayakan kelompok kecil dan mempapa-kedanakan kelompok yang besar tidak layak dipanggil pemimpin, tetapi pengamal. Pengamal apa, pengamal rasuah, kronisme dan nepotisme. Sekarang seluruh dunia tahu yang Si Mamak Iskandar Cottey adalah pengamal rasuah, kronisme dan nepotisme. Dengan kata lain, antara Mamak Iskandar Cottey dengan rasuah, kronisme dan nepotisme umpama air dengan ikan yang tidak boleh dipisahkan, jika dipisahkan juga, maka jatuh terbongkang dan masuk penjaralah jawabnya. Hehehe, tentu Atok Marhaentua dan Saudara Amin Sapiro tersenyum membaca tulisan ini.

Zuriat perasuah, kronisme dan nepotisme ini, bersama-sama dengan pelabur asing bukan main sombong, pongah dan bongkak lagi. Di mana-mana kawasan atau tanah yang mereka fikirkan boleh dimajukan untuk memenuhi nafsu tamak mereka, mereka rompak dan rampas sahaja daripada penduduk tempatan sesuka hati. Alasannya demi pembangunan. Sementara penduduk tempatan hanya terpingah-pingah melihatnya. Tanyalah kepada penduduk Kerpan ketika tanah mereka dirampas oleh kerajaan atas alasan dijadikan kolam untuk ternakkan udang Apanama Kununnya.

Malaysia sebagai warga dunia turut dipengaruhi oleh pelbagai gelombang yang melanda dunia. Dua gelombang besar yang melanda dunia sekarang ini ialah: Demokrasi dan Liberalisasi. Demokrasi digelombangkan oleh pergeseran sistem antara pemerintah yang bersifat diktator dengan pemerintah yang bersifat demokratik, sedangkan liberalisasi, ialah keazaman untuk menghadirkan suatu sistem ekonomi yang bergantung kepada mekanisme pasar dan persaingan bebas. Dua gelombang ini cepat melanda dunia kerana didorong oleh pensejagatan maklumat dan perkembangan teknologi komunikasi yang semakin canggih. Oleh sebab itu, alangkah bahlulnya Mamak Iskandar Cottey, apabila beria-ia menjadikan negara sebagai pusat maklumat raya, menerusi pembinaan Multimedia Super Corridor (MSC) tetapi pada masa yang sama takut dan bacul kepada globalisasi. Apabila berucap sentiasa mengulang perkataan dan ayat bahaya dan ancaman globalisasi.

Sesungghnya generasi baru perlu disedarkan, bahawa Wawasan 2020 yang pada asalnya, Malaysia: Melangkah Kehadapan, yang dipuja oleh para pendukung Dulu Kini dan Selamanya adalah suatu impian, tetapi bukan suatu format politik, bukan juga suatu sistem ekonomi. Justeru itu, generasi baru perlu sedar, bahawa format politik, sistem ekonomi serta kepemimpinan negara adalah suatu perkara yang tidak abadi, tidak kaku tetapi dinamik dan fleksibel yang perlu disesuaikan kepada kehendak zaman dan semangat zaman serta aspirasi rakyat yang sentiasa berkembang. Dengan kata lain, kewajiban dan tanggungjawab sebenar generasi baru bukan kesetiaan kepada suatu format politik, suatu parti politik atau seseorang peribadi yang berlagak agong tetapi penyalahguna kuasa yang biadab, tetapi adalah kesetiaan kepada cita-cita pemurnian masyarakat atau bangsa. Agenda yang penulis bayangkan yang seharusnya ada pada cita-cita pemurnian masyarakat itu adalah serperti berikut:.

Pertama, Pemurnian Sejarah Negara.

Generasi baru mesti menuntut dan sekaligus memperjuangkan kelahiran sejarah negara yang jujur. Untuk itu, generasi baru mesti menuntut perlakukan atau layanan dari pemerintah sebagai masyarakat dan bangsa yang dewasa, matang dan tamadun, yang berhak memiliki sumber maklumat yang berbeza dengan maklumat resmi negara dan kemudian secara dewasa menyaring dan menapis maklumat tersebut. Jika maklumat yang diberikan oleh pemerintah dianggap sebagai pemutaran dan pemusingan fakta atau fitnah, maka sumber maklumat tersebut mesti disiasat dan dihalusi sesuai dengan hukum yang terkandung dalam perlembagaan negara.

Justeru langkah membisukan atau menutup maklumat alternatif bukan sahaja menimbulkan kecurigaan, tetapi juga membunuh kelahiran sejarah negara yang jujur. Sesungguhnya sejarah yang jujur adalah hak sesebuah masyarakat dan sesuatu bangsa yang bermartabat dan bermaruah. Generasi baru perlu ingat, bahawa sejarah yang jujur akan menyimpan pelajaran masa silam yang boleh dijadikan pedoman atau memandu perjalanan generasi masa kini dan masa depan. Tetapi suatu sejarah yang dipalsukan akan menyimpan pelajaran palsu yang boleh menyesatkan generasi yang akan datang. Sesungguhnya sejarah yang jujur akan memberikan kebanggaan sejati di atas kejayaan masyarakat masa kini serta memberikan kearifan-kearifan sejati di atas kegagalan masa silam. Lantaran itu, Sesebuah masyarakat dan bangsa yang besar bukan sahaja tahu menghargai pahlawan sejati mereka, tetapi juga mengakui kesalahan mereka.

Kedua, Reformasi Politik

"Kuasa cenderung kepada penyelewengan, kuasa mutlak menyeleweng sepenuhnya". Kata Lord Acton, Sejarawan Inggeris (1834-1902)

Perlembagaan Negara telah membahagikan tiga cabang kuasa bagi mengurus negara ini, iaitu: Badan Perundangan, Badan Eksekutif Dan Badan Kehakiman. Kuasa perundangan diberikan kepada Parlimen, manakala kuasa pengadilan diberikan kepada badan kehakiman. Eksekutif atau kabinet pula diketuai oleh Perdana Menteri dan menjadi pelaksana kepada undang-undang yang digubal oleh Parlimen. Pengagihan kuasa ini tentunya bertujuan untuk mengelak pemusatan kuasa kepada satu orang yang akan memungkinkan kelahiran diktator atau penguasa zalim. Malangnya, ketiga-tiga cabang kuasa yang telah dibahagikan itu telah diliwat oleh Mamak Iskandar Cottey.

Sekarang ini, walaupun parlimen masih memainkan peranan sebagai penggubal undang-undang, tetapi undang-undang yang digubal itu ternampak tunduk kepada Si Mamak Iskandar Cottey. Dengan kata lain, Mamak Iskandar Cottey telah meliwat badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman. Tegasnya, badan kehakiman tidak lagi mentadbir urusan keadilan secara bebas tanpa dipengaruhi oleh badan eksekutif atau Mamak Iskandar Cottey. Dengan ungkapan lain, badan kehakiman tidak lagi seperti kata ahli falsafah Yunani:

"Hakim harus mempunyai empat sifat: mendengar dengan teliti, menjawab dengan bijaksana, mempertimbang dengan tenang dan membuat keputusan secara saksama." Kata Socrates.

Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, bahawa dengan memusatnya kuasa memerintah di tangan Si Mamak Iskandar Cottey atas kebahlulan UMNO sendiri, maka Mamak Iskandar Cottey bukan sahaja telah menodai keluhuran undang-undang, tetapi juga telah memijak-mijak prinsip keadilan di negara ini. Oleh sebab itu, reformasi politik dan sistem pemerintahan di negara ini perlu dilakukan demi menyelamatkan keadilan. Di zaman pemerintahan Mamak Iskandar Cottey, seluruh dunia telah melihat bagaimana orang yang berpangkat dan berharta boleh menentukan atau membeli keputusan pengadilan para hakim. Reformasi politik dan pemerintah diperlukan, kerana kita tidak mahu melihat orang yang tidak berpangkat dan tidak berharta sentiasa mengalah kepada yang berpangkat dan berharta.

Ketiga, Reformasi ekonomi

Kekayaan dan hasil negara wajib dibahagi kepada masyarakat dengan cara yang adil. Kerana apabila pembahagian kekayaan tidak adil akan mengakibatkan golongan yang kaya menjadi semakin kaya manakala golongan yang miskin menjadi semakin miskin. Sebagaimana yang pernah disentuh sebelum ini bahawa ketidakadilan dalam pembahagian kekayaan berlaku disebabkan oleh hanya segelintir pihak yang rapat dengan pemerintah sahaja yang mendapat habuan dari pendapatan negara melalui projek-projek Kerajaan. Tegasnya, pemerintah mengamalkan budaya rasuah, kronisme dan nepotisme. Kalau keluarga mereka memang keturunan Billionaire sebelum menjadi menteri masyarakat tidak hairan, tetapi kalau mereka adalah keluarga yang miskin pada mulanya, tetapi selepas menjadi menteri dengan cepat menjadi Billionaire, sudah tentu mereka menjadi Billionaire kerana telah merompak negara secara halus. Contohnya, anak-anak PM (baca Pembangkai Manusia), yang memiliki syarikat dan kekayaan yang luarbiasa sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Bursa Saham Kuala Lumpur dalam kajian Saudara Zaharuddin Abd. Rahman, antaranya seperti berikut:.

Jadual 1 : Jawatan Anak-Anak PM Di Dalam Syarikat Public Listed

Nama

Syarikat

Jawatan

Mirzan Mahathir

Sunway Buliding Tecnologies Berhad

Pengerusi

Mirzan Mahathir

Capetronic Consumer Electronics Holdings Berhad

Pengerusi

Mirzan Mahathir

World Wide Holdings Berhad

Pengarah

Mirzan Mahathir

Artwright Holdings Berhad

Pengerusi

Mirzan Mahathir

Konsortium Logistik Berhad

Pengerusi Eksekutif Kumpulan

Mirzan Mahathir

Dataprep Holdings Berhad

Pengerusi

 

 

 

Mohzani Mahathir

THB Industries Berhad

Pengerusi

Mohzani Mahathir

Tongkah Holdings Berhad

Pengerusi Eksekutif / CEO

Mohzani Mahathir

Pantai Holdings Berhad

Ketua Pegawai Eksekutif

 

 

 

Mukhriz Mahathir

Ajiya Berhad

Pengarah

Mukhriz Mahathir

Reliance Pacific Berhad

Pengarah

 

 

 

Jadual 2 : Jumlah Pelaburan Anak-Anak PM dalam Bursa Saham

Name

Company

Shares Held %

% Held

Market Value*

Mirzan Bin Mahathir

Sunway Buildings Tecnologies Berhad

3,917,651

3.100

2,624,826.17

Mirzan Bin Mahathir

Artwright Holdings Berhad

2,196,480

11.000

4,436,889.60

Mirzan Bin Mahathir

Amsteel Corporations Berhad

369,907,238

29.370

77,680,519.98

Mirzan Bin Mahathir

Chocolate Products( M'sia) Bhd

220,555,945

63.300

86,016,818.55

Mirzan Bin Mahathir

Lion Corporation Berhad

28,903,000

15.800

36,417,780.00

Mirzan Bin Mahathir

Lion Land Berhad

299,529,946

50.480

98,844,882.18

Mirzan Bin Mahathir

Angkasa Marketing berhad

25,523,496

58.000

9,443,693.52

Mirzan Bin Mahathir

AmalGamated Containers Bhd

24,804,722

33.200

14,882,833.20

Mirzan Bin Mahathir

Konsortium Logistics Berhad

78,057,535

43.410

146,748,165.80

Mirzan Bin Mahathir

Posim Berhad

170,097,271

83.700

348,699,405.55

 

 

 

 

 

Mokhzani Bin Mahathir

THB Industries Berhad

1,224,269

2.270

2,864,789.46

Mokhzani Bin Mahathir

Tongkah Holdings Berhad

47,721,200

28.690

42,471,868.00

Mokhzani Bin Mahathir

Pantai Holdings Berhad

42,797,000

66.010

139,518,220.00

 

 

 

 

 

Mukhriz Bin Mahathir

Riliance Pacific Berhad

5,161,999

5.260

6,813,838.68

Mukhriz Bin Mahathir

Ajiya Berhad

2,176,812

8.29

4,919,595.12

 

 

 

 

 

PAB Nominee (Tempatan) Sdn Bhd - Mokhzani b. Mahathir

Pantai Holdings Berhad

3,433,000

5.300

11,191,580.00

 

 

 

 

 

Phileo Allied Nominees (Tempatan) Sdn Bhd - Mokhzani b. Mahathir

Pantai Holdings Berhad

800,000

1.230

2,608,000.00

 

 

 

 

 

Public Nominees (Tempatan) Sdn Bhd - Mokhzani bin Mahathir

Tongkah Holdings Berhad

4,950,000

2.980

4,405,500.00

 

 

 

 

 

RHB Nominees (Tempatan) Sdn Bhd - Mokhzani b. Mahathir

Pantai Holdings Berhad

1,753,000

2.700

5,714,780.00

 

 

 

 

 

Para pembaca boleh menilai sendiri betapa kaya dan mewahnya anak-anak PM. Menurut kajian Saudara Zaharuddin Abd. Rahman, kekayaan anak-anak PM di atas tidak termasuk pemilikan hartanah, pemilikan bangunan dan wang yang disimpan di dalam bank sama ada di dalam atau di luar negara yang bukan dalam bentuk saham. Mungkin dengan sebab itu, Mamak Iskandar Cottey, mahu menjadi PM sampai mampus, kerana hendak melindungi kekayaan anak-anaknya, sehingga dengan muka pariah bercakap kepada para wartawan dunia di London “Kuasanya hanya akan berakhir jika dia di tembak mati”. Tetapi, jangan Mamak Iskandar Cottey fikir melayu pelupa, maka melayu lupa kepada kejahatannya. jangan Mamak Iskandar Cottey fikir melayu pelupa, maka melayu lupa kepada kekayaan anak-anaknya yang diperolehi dari sumber nepotisme.

Cuba pembaca bandingkan kemewahan hidup anak-anak PM dengan kesusahan hidup ratusan ribu petani, nelayan, penternak dan pekerja kilang di seluruh negara berdasarkan kepada fakta di atas. Di sinilah letak dan asasnya mengapa masyarakat harus menuntut dan memperjuangkan reformasi ekonomi. Reformasi ekonomi yang masyarakat wajib tuntut dan perjuangkan ialah pengagihan kekayaan dan hasil negara dengan cara yang adil, saksama dan seimbang. Maknanya, masyarakat jangan membiarkan orang yang kaya terlalu kaya sehingga boleh membeli maruah orang lain atau orang yang miskin terlalu miskin sehingga sanggup menjual maruah dirinya.

Keempat, Reformasi sosial

Dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang maju, bersatu dan bertamadun, setiap kaum seperti Melayu, Tionghuwa, India, Iban dan Kadazan hendaklah dididik ke arah kesedaran dan kefahaman yang mendalam bahawa negara ini dari Perlis hingga ke Sabah adalah hak milik mereka bersama, di mana setiap negeri diperhatikan dan dimajukan secara seimbang, jangan ada pengertian atau ungkapan negeri yang penting atau kurang penting, setiap unsur adat dan budaya antara satu sama lain juga hendaklah dihormati sebagai sebahagian daripada budaya negara.

Bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang berfikiran tinggi dan terbuka, masyarakat perlu diberikan maklumat yang jujur dan bermutu daripada media yang bebas, adil dan tepat. Ini adalah kerana, masyarakat Malaysia yang berfikiran tinggi dan terbuka tidak memerlukan media yang dikawal dan tertutup yang mengandungi penipuan, pembohongan dan maklumat putarbelit lantaran diperalatkan oleh penguasa politik, sebagaimana media yang ada pada hari ini, di mana para petugas media sanggup dan tergamak menyara keluarga mereka di rumah dari hasil penipuan dan pembohongan dengan cara menyorok dan menyembunyikan segala kebejatan dan kedurjanaan rasuah, kronisme dan nepotisme Mamak Iskandar Cottey.

Begitu juga dengan JAKIM dan IKIM, kedua-duanya adalah pertubuhan yang wajar dihina, kerana apabila mereka berceramah, contohnya dalam Forum Perdana, walaupun mereka pada mulanya bercakap soal al-Quran dan Hadis, Iman dan Islam, dunia dan akhirat, syurga dan neraka, tetapi pada akhirnya, mereka akan memusing dan memutar juga hujah mereka ke arah memuja dan mendewakan pembangunan dan Mamak Iskandar Cottey sendiri. Dengan ungkapan lain, mereka yang kononnya terpelajar agama dalam JAKIM dan IKIM, adalah mereka yang tidak jujur kepada disiplin ilmu agama yang telah mereka pelajari. Mereka tergamak mengkhianati disiplin ilmu agama yang telah mereka pelajari atas dua sebab yang nyata, pertama demi kerana perut diri dan keluarga mereka di rumah dan kedua kerana bacul kepada Mamak Iskandar Cottey. Akhirnya, maruah dan nama baik negara tercemar laksana pariah di peringkat antarabangsa. Lantaran itu, masyarakat mendambakan media dan petugas media serta cendekiawan agama yang memiliki keberanian moral dan ketahanan diri untuk tidak bersekongkol dengan penguasa politik atau golongan jutawan yang tidak menghormati kebenaran dan keadilan.

Demikian juga dalam bidang pendidikan, masyarakat hendaklah memperjuangkan dasar pendidikan negara yang menjurus kepada kemerdekaan jiwa dan pemikiran masyarakat. Masyarakat juga hendaklah menghapuskan campur tangan penguasa politik dalam dunia pendidikan sebagaimana sekarang yang telah memenjarakan pelajar atau siswa siswi dalam kotak pemikiran yang sempit kepada kehendak penguasa politik sahaja, kerana segala sekatan yang wujud di universiti sekarang boleh membunuh kelahiran masyarkat yang berwawasan antarabangsa. Justeru, masyarakat hendaklah sentiasa memperjuangkan kehidupan bermasyarkat dan bernegara yang bebas daripada trauma yang disebabkan oleh pemerintah yang hauskan harta dan gilakan kuasa seperti Mamak Iskandar Cottey.

Kelima, Meningkatkan Profesionalisme.

Keazaman untuk menghadapi liberalisasi ekonomi dunia, sumber tenaga mahir masyarakat dan negara mestilah dipertingkatkan supaya mampu memenuhi kehendak kaedah pengurusan dan pentadbiran moden. Sesungguhnya penguasaan masyarakat terhadap teknologi dan kaedah pengurusan moden ke arah pembentukan negara maju adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan atau dimungkiri dalam usaha menghadapi era masa kini.

Meskipun begitu, pengertian sumber tenaga mahir masyarakat dan negara yang diperlukan adalah mereka yang di samping menguasai kemahiran dalam teknologi maklumat dan kaedah pengurusan moden, tetapi pada masa yang sama menghormati asas kedaulatan rakyat. Dengan ungkapan lain, tenaga Profesional Demokrat. Sesunggunya gerakan reformasi tidak akan menjanjikan apa-apa kecemerlangan kepada masyarakat dan negara sekiranya tidak meninik-beratkan usaha meningkatkan profesionalisme masyarakat. Tetapi, usaha meningkatkan profesionalisme semata-mata tidak akan merubah kebejatan rasuah, kronisme dan nepotisme tanpa didasarkan kepada niat yang baik, seperti kesetiaan kepada negara dan cita-cita masyarakat madani. Semangat perjuangan reformasi adalah semangat untuk membangun dan bukan semangat untuk menghancurkan.

Keenam, Memulihkan Nama Baik Dato Seri Anwar Ibrahim

Kita telah sama-sama menyaksikan regim Mamak Iskandar Cottey melakukan kejahatan besar dan kesalahan serius dalam bidang politik, ekonomi, sosial, budaya, agama dan moral. Dan, apa yang telah dilakukan oleh Mamak Iskandar Cottey kepada Dato Seri Anwar Ibrahim adalah kemuncak kepada pelbagai kejahatan besar yang telah dilakukannya selama ini. Justeru itu, segala kejahatan Mamak Iskandar Cottey perlu dibongkar dan dicatat agar menjadi pengajaran dan pelajaran kepada generasi yang akan datang. Lagi pun, usaha membongkar kejahatan Mamak Iskandar Cottey terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim adalah suatu langkah yang penting ke arah pemulihan nama baik negara dan nama baik Dato Seri Anwar Ibrahim yang juga adalah sebahagian daripada tugas reformasi yang harus diperjuangkan dan dilaksanakan oleh masyarakat.

Sesungguhnya usaha mengembalikan nama baik Dato Seri Anwar Ibrahim pada tempat yang selayaknya sebagai pejuang masyarakat madani yang mendapat pengiktirafan daripada cendekiawan dan masyarakat antarabangsa, adalah suatu tugas yang harus dilaksanakan oleh semua pendukung demokrasi, kebenaran dan kesaksamaan di negara ini. Sedangkan rejim Mamak Iskandar Cottey wajar dikutuk habis-habisan dan wajib dicegah agar tidak berulang lagi kepada masyarakat dan negara ini pada masa yang akan datang.

Penutup kata, penulis ingin melihat rakyat Malaysia merempuh Mamak Iskandar Cottey dengan keberanian tinggi yang bermoral sebagai panglima, sebagaimana keberanian rakyat Peru merempuh Pujimori sehingga tercampak semula ke Jepun. Mamak Iskandar Cottey agaknya tercampak ke mana?

Sekian, dan salam reformasi.


 






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 31 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com