UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kolloborasi KL-Washington dalam penghukuman ke atas Al Maunah???

Assalamualaikum wm wbt,

Kolloborasi KL-Washington dalam penghukuman ke atas Al Maunah???

Maka tiga ahli Al Maunah yang terlibat dalam sandiwara rampasan senjata di Sauk telah dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 28 Disember, 2001 sementara 16 ahli kumpulan tersebut yang lain dihukum penjara sepanjang hayat. Dan saya pun menerima maklumat (yang belum dapat disahkan kesahihannya) yang mendakwa kononnya ada kolloborasi (kerjasama) antara Dr Mahathir dan Presiden Bush dalam hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah ke atas ahli-ahli Al Maunah itu.

Kolloborasi KL - Washington??? Kolloborasi macam mana pula tu?

Begini. Kononnya Presiden Bush telah memberi arahan kepada bonekanya, Dr Mahathir supaya dilakukan secepat mungkin penghukuman ke atas Al Maunah; yang sudah pun dicap (seperti yang dikehendakki oleh Amerika Syarikat) sebagai kumpulan pengganas Islam yang kononnya cuba merampas kuasa untuk menubuh negara Islam di Malaysia.

Kononnya Presiden Bush telah juga mengarahkan Dr Mahathir supaya hukuman mati atau penjara sepanjang hayat seperti yang diperuntukan oleh undang-undang mesti dikenakan, dan mahkamah janganlah menjatuhkan n hukuman yang ringan atas apa sebab pun.

Apa muslihat Presiden Bush?

Hukuman mati dan penjara sepanjang hayat ke atas kumpulan ekstremis Islam oleh Malaysia, sebuah negara OIC yang majoriti rakyatnya beragama Islam, akan memudahkan Amerika Syarikat untuk menjatuhkan hukuman yang serupa ke atas ramai umat Islam yang telah ditangkap atas tuduhan terlibat dalam serangan September 11, 2001 ke atas WTC-Pentagon.

Amerika Syarikat juga boleh tanpa teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman mati atau penjara sepanjang hayat ke atas umat Islam yang dituduh terlibat dalam aktiviti kumpulan pengganas Islam seperti Al Qaeda, Hamas, Hezbollah dan lain-lain.

Sekiranya ada negara Islam yang membantah hukuman keras yang bakal dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas pejuang-pejuang Mujahideen Islam yang ditangkapnya, maka Amerika Syarikat boleh merujuk kepada hukuman yang dijatuhkan oleh Kerajaan Malaysia ke atas Al Maunah. Dengan memperalatkan kes Al Maunah di Malaysia pihak Amerika Syarikat boleh menyangkal apa jua dakwaan bahawa ianya bersikap zalim ke atas umat Islam yang ditangkapnya dengan menjatuhkan hukum mati ke atas mereka.

Arahan Presiden Bush kepada Dr Mahathir itu dikatakan sesuai pula dengan perancangan Dr Mahathir. Maka salah seorang ADUN Perlis dari parti MCA yang sudah lama mati tetapi 'dihidupkan' dengan life support system telah dicabut plug sistem tersebut untuk dimatikan.

Seterusnya Al Maunah pun dihukum di mahkamah dan ini akan mengingatkan pengundi Cina dan India di Perlis dalam pilihantraya kecil yang akan diadakan nanti kepada 'bahaya' mengundi BA yang diterajui oleh parti Islam PAS. Orang Cina yang telah selama ini ditakut-takutkan oleh UMNO terhadap Islam, dan telah menjadi bertambah takut terhadap Islam setelah peristiwa serangan September 11 WTC-Pentagon, dikira akan hampir seratus peratus menyokong BN.

Dalam perkiraan BN, kekalahan BN di Lunas tidak akan berulang di Perlis kerana kini kaum Cina dan India telah berjaya ditakut-takutkan terhadap Islam. Maka penghukuman Al Maunah di waktu ini akan mengingatkan kaum Cina dan India akan 'bahaya' Islam semasa mereka keluar nanti untuk mengundi di pilihanraya kecil di Perlis. Dalam pada itu pula penghukuman ke atas Al Maunah boleh memenuhi arahan yang diterima dari Presiden Bush.

Pintar betul Dr Mahathir ye? Pintar sebagai 'evil genius'.

Seperti yang saya nyatakan diatas, maklumat kolloborasi KL - Washington dalam penghukuman ke atas Al Maunah belum dapat dipastikan kesahihannya. Tetapi kemungkinan wujudnya kolloborasi sedemikian rupa anatara Bush dan Mahathir tidak boleh pula diketepikan. Entahlah. Allahualam.

Berhubung dengan ahli-ahli Al Maunah yang di hukum mati dan penjara sepanjang hayat itu pula, adakah mereka akan sebenar-benarnya menjalankan hukuman. Atau pun mereka akan secara senyap-senyap diseludup keluar ke Australia atau Amerika Syarikat untuk 'ditahan' disana dengan elaun bulanan dan serba kemewahan seperti yang disebarkan dalam khabar-khabar angin yang kita dengar sejak dulu lagi. Entahlah. Allahualam.

Ada satu yang pasti. Kalau betul wujud kolloborasi KL - Washington itu, maka Sandiwara Sauk sudah naik taraf dari local production menjadi Hollywood production. Ha ha ha.

Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!!

Tarabulsi

Sabtu 14 Syawal 1422
29 Disember, 2001.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com