assalamualaikum,
Saya telah mendengar jawapan mengenai hukum pilihanraya dan didalam
buku fatwa masakini jilid 7&8 Prof Dr Yusof Qardawi pun ada
menyatakan tentang pilihanraya dan berparti politik. Daripada
penelitian saya untuk membentuk negara islam di malaysia secara aman
maka kita perlu melalui sistem pilihanraya. Maka kita sebagai orang
islam perlu menyokong parti yang mahu melaksanakan syariat islam. Apa
yang menjadi persoalan kepada saya apakah benar dan betul kaedah
pilihanraya yang diamalkan oleh kerajaan malaysia hari ini iaitu kita
terpaksa menunggu 5 tahun sekali. Ini bermakna untuk menubuhkan
kerajaan islam pada hari ini peluangnya terbuka 5 tahun sekali. Dan
kerajaan islam itu juga boleh tumbang dengan mudahnya hanya melalui
suara majoriti. Maka untuk membentuk satu tamadun islam di Malaysia
peluangnya hanya ada 5 tahun sekali. Jika kerajaan yang ada sekarang
mengubah kepada 10 tahun sekali maka adalah terlalu lambat sekali
untuk menunggu menubuhkan kerajaan islam dimalaysia.! Apa yang saya
katakan ini semuanya boleh berlaku jika dilihat pada situasi semasa
akhir2 ini. Soalan saya:
1. Adakah untuk menubuhkan sesuatu kerajaan islam perlu kepada suara
majoriti?
2. Adakah untuk menubuhkan kerajaan islam perlu menunggu 5 tahun
iaitu pilihanraya maka jika diubah waktu kepada 10 tahun peluang
menubuhkan kerajaan islam di Msia nampaknya begitu sukar?
sekian terima kasih
Kapt Tudm
-------------------------------------------------------
Jawab
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Pemerintahan adalah urusan yang paling besar umat Islam. Suatu
perkara yang tidak boleh dipandang remeh dan enteng.
Kata Ibnu Taimiyah:
"Wajib diketahui bahawa urusan kekuasan manusia adalah kewajipan
agama yang paling besar, malahan tidak dapat tertegak agama melainkan
dengannya. Maka sesungguhnya anak Adam itu tidak akan sempurna
maslahatnya kecuali dengan bermasyarakat kerana sebahagian memerlukan
sebahagian yang lain. Ketika bermasyarakat itu, tidak boleh tidak
mestilah mempunyai ketua. Sehingga Nabi s.a.w. telah
bersabda: "Apabila kamu keluar tiga orang bermusafir, kamu lantiklah
salah seorang sebagai ketua." (HR Abu Daud dari Hadis Abu Sa'fid dan
Abu Hurairah).
Manakala imam al-Ghazali berkata:
"Agama itu sendir. Penguasa itu pengawal. Sesuatu yang tidak bersendi
akan hancur dan sesuatu yang tidak ada pengawal akan sia-sia."
Ibnu Hazmin berkata:
"Telah muafakat seluruh Sunni, semua Murji'fah, semua Syiah, semua
Khawarij atas wajib adanya imamah. Dan bahawa umat Islam wajib berada
di bawah pimpinan imam yang adil yang akan ditegakkan hukum-hakam
Allah di dalamnya serta mengatur mereka dengan hukum-hakam berkenaan
dengan apa yang telah didatangkan oleh Nabi s.a.w. Yang terkecuali
dari kemuafakatan ini ialah golongan Najdah'c."
Amat dikesalkan sekali kerana masih ramai umat Islam di negara kita
yang masih keliru dengan persoalan menegakkan negara Islam.
Sebahagiannya masih berfikir ia hanyalah soal-soal dunia yang tidak
ada kena mengena dengan kehidupan beragama mereka. Sebahagiannya
enggan turun mengundi kerana katanya `tidak sunnah'. Sebahagian yang
lain, pergi mengundi tetapi masih tidak dapat melakukan pilihan yang
tepat siapakah yang layak dipilih untuk dijadikan pemimpin
menguruskan permasalahan umat Islam.
Para ulamak dan umat Islam yang insaf akan perkara ini perlu bekerja
lebih kuat lagi untuk memberi kesedaran kepada umat Islam seluruhnya.
-----------------
Jumhur ulamak Islam mengharamkan langkah kekerasan (spt. revolusi
dsbnya) sekalipun terhadap pemerintah yang zalim dan fasiq. Kerana ia
akan berakibat jauh lebih buruk dari sebelumnya. Jika berjaya
tindakan itu, akan memakan korban, jika gagal, memang sudah
semestinya lebih banyak korban lagi.
Terbabit dalam pilihanraya ala barat oleh parti Islam bukan bermakna
mereka beriman dengan demokrasi secara total. Ia hanya digunakan
sebagai wasilah untuk menegakkan negara Islam. Dan, ia bukannya satu-
satu wasilah ke arah itu, namun dalam keadaan umat Islam dihimpit
dari seluruh pihak oleh sistem sekular, maka terbabit dalam
pilihanraya adalah antara jalan yang terbaik. Adalah menjadi
kewajipan kepada umat Islam Malaysia khususnya untuk memberikan
dokongan kepada parti Islam. Paling lekehpun, `lebih baik daripada
mendokong parti sekular..if (Hukumnya telahpun dibahas oleh para
ulamak kini termasuk al-Qardhawi)
Pada zaman ini, sebuah parti Islam tidaklah bergerak hanya semata-
mata sebagai sebuah parti politik sahaja. Bahkan ia mestilah bergerak
sebagai sebuah harakah islamiyah. Jika hanya semata-mata sebuah parti
politik sahaja (lebih-lebih lagi jika pembangkang), maka tumpuannya
hanyalah 5 tahun sekali pilihanraya. Aspek-aspek lain diabaikan,
seperti pendidikan, tarbiyah, ekonomi, dakwah, kebajikan umat dll.
Tidak selamanya parti Islam dibenarkan untuk menyertai pilihanraya
oleh rejim yang berkuasa. Adakalanya ia disekat. Dan, apakah ketika
itu sudah terhenti segala usaha dan harapan untuk menegakkan negara
Islam? Sudah tentu tidak, kerana kerja pendaulatan syariah Islam
adalah satu usaha yang mesti berjalan secara berterusan, sesuai
dengan semangat amar makruf nahi munkar. Terlalu banyak lagi usaha-
usaha dan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan (walaupun ia bukan yang
terbaik). Jika pilihanraya dihalang, maka itu bermakna salah satu
dari wasilah telah hilang, bukan segala-galanya telah hilang.
Contoh lain, jika setiap kali pilihanraya yang dijalankan secara
tidak adil dan terdapat unsur-unsur penipuan, para ulamak ketika itu
bolehlah berijtihad untuk menentukan apakah perlu terbabit dalam
pilihanraya? Masalah ini bukan melibatkan soal halal dan haram,
tetapi masalah yang baik dan yang terbaik. Apabila ulamak
mengeluarkan kenyataan tertentu, umat Islam wajar mematuhinya.
----------
Soal: Adakah untuk menubuhkan kerajaan islam perlu menunggu 5 tahun
iaitu pilihanraya maka jika diubah waktu kepada 10 tahun peluang
menubuhkan kerajaan islam di Msia nampaknya begitu sukar?
Jawab: Apabila kita mengubah hala fikir kita dengan berpegang kepada
prinsip:
1 . Parti Islam bukan semata-mata parti politik, tetapi ia adalah
sebuah gerakan Islam.
2 . Pilihanraya adalah satu wasilah yang terbaik dalam keadaan yang
melanda umat Islam sekarang ini ke arah menegakkan negara Islam.
3 . Usaha menegakkan negara Islam adalah satu usaha yang berterusan.
-> maka kecelaruan ini akan selesai.
Baiklah.. Jika kita terima bahawa pilihanraya sebagai salah satu dari
wasilah, dan terpaksa menunggu 5 tahun sekalic Untuk menunggu tempoh
berkenaan, terlalu banyak kerja yang mesti dilakukan. Untuk
membolehkan rakyat memilih parti islam sebagai pemerintah mereka,
bukan dapat dilakukan secara tiba-tiba. Lihat sahaja latarbelakang
sejarah umat Islam modern, bermula dari era sekularisasi Ataturk.
Rakyat perlu ditarbiyah, dihilangkan pemikiran-pemikiran pro-sekular
dan kejahilan mereka.
--------------
Soal: Adakah untuk menubuhkan kerajaan islam perlu menunggu 5 tahun?
Jawab: Kalaulah kita boleh melakukannya dalam tempoh beberapa jamc
Soal: Adakah untuk menubuhkan sesuatu kerajaan islam perlu kepada
suara majoriti?
Jawab: Kalaulah kita boleh menubuhkannya dengan suara seorang dua
sahajac.
---------------
Bagaimana mungkin Rasulullah s.a.w. dapat mendirikan kerajaan Islam
Madinah jika tiada dokongan dari penduduknya terhadap usaha dakwah
baginda? Bagaimana mungkin Rasulullah s.a.w. dapat menakluk kota
Mekah jika tiada satu kekuatan dan strategi di belakangnya?
Melainkanc Jika berlaku sesuatu perkara yang mencarik adat dengan
berlakunya mukjizat ataupun keramat ataupun bantuan dari Allah tanpa
disertai sebab.
Sebenarnya bukan suara majoriti, tetapi kekuatan dan strategi. Ia
dapat menundukkan kekuatan dan mempengaruhi suara majoriti.
----------
Masalah:
Al-Marhum Syeikh Syafrawi pernah ditanya:"Mengapa hingga kini negara
Mesir masih belum melaksanakan syariat Islam?"
Beliau menjawab: "Tanya kepada rakyat Mesir sendiri. Kerana merekalah
yang memilih wakil-wakil dalam dewan perwakilan. Seterusnya tanyakan
kepada mereka, apakah orang yang dipilih itu ada janji seperti itu
(melaksanakan syariat)?"
-----------
Masalah (tambahan):
Kami pernah bertanya kepada seorang teman pada pilihanraya yang lalu:
Kata kami: "Kamu undi siapa?"
Dia menjawab: "Undi parti ini (parti sekular yang tidak mendokong
syariah Islam)".
Kami bertanya: "Kamu fikir, pilihanraya ini apa?"
Dia menjawab: "Pangkah pilihan yang kita mahukan, selesai..."
Kami berkata: "Apa kamu fikir.. Islam itu hanya sekadar sembahyang,
puasa, zakat sahaja..? Apakah Tuhan di akhirat nanti hanya akan
bertanya kepada kamu tentang itu sahaja..? Apakah Tuhan akan
melupakan undi yang kamu lakukan? Apakah penentangan terhadap Islam
dan dokongan terhadap kekufuran oleh orang atau parti yang kamu pilih
itu, kamu akan terlepas begitu sahaja? Kamu memilihnya, bermakna kamu
redha terhadap dasar yang telah dan akan dilaksanakanc Kerana:
Al-Ridha bis-syaif ridhan bima yatawalladu minhu (Redha terhadap
sesuatu, bermakna redha terhadap apa yang dilahirkan).
Dia bertanya: "Bagaimana aku ini sekarang..? Sebelum ini mana aku
tahu.."
Kami menjawab: "Kamu tunggulah lima tahun lagi, di samping itu jangan
lupa berdoalah kepada Tuhan agar orang atau parti yang kamu pilih itu
akan segera mengubah dasar sekularnya."
Wallhu aflam.
Rujukan:
Feqhus Sirah, Syeikh Muhamad al-Ghazali
Anta Tasfal Wa Islam Yujib, Syeikh Syafrawi
Al-Siyasah al-Syarfiyah Fi Ishlahir RafI War Rafiyah, Syeikhul
Islam Ibnu Taimiyah
http://ahkam.hypermart.net/soaljawab/soaljawab157.htm