Maka mangkatlah sudah Yang Di Pertuan Agong bagi Malaysia Darul
Muslimin yang diriwayatkan pernah berpesan agar orangramai menyokong UMNO.
Almarhum berusia setahun lebih muda dari memanda Mamak Perdana menteri
yang kini begitu bangga dengan popularitinya yang kunonnya meningkat
sejenak lantaran peristiwa 11 September di New York. Adapun, dikaca TV
semasa dipersaksikan kepada rakyat marhain upacara pengkebumian Almarhum,
jelas kelihatan kesugulan mamak Perdana Menteri – samada beliau kini
insaf bahawa beliau juga akan turut satu hari nanti akan ke liang lahad
atau pun beliau sedih kerana kehilangan satu-satunya Sultan yg dapat
dirasuah beliau agar tidak mencampuri hal-ehwal pemerintahan negara ini,
hanya Allah swt yang maha mengetahui.
Mamak Perdana menteri kini kurang sebulan sebelum menyambut harijadinya
yg ke 76. Namun, tiada tanda-tanda jelas bahawa beliau akan berundur
untuk memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin muda yang lebih memahami
kehendak rakyat marhain semasa, yg rata-rata inginkan pembaharuan.
Seorang tua berusia 75 tahun tidak mungkin dapat memahami arus perubahan
sebagaimana seorang tua yg kini menjadi Editor-in-chief akhbar the New Shit
Times – Pak Lah Kok Lanas. Kalau kita lihat saban hari di kedai-kedai
yg menjual akhbar, dapatlah kita membuat perbandingan antara akhbar Star
milik Cina dan akhbar New Shit Times milik Melayu – yg satu begitu laku
sekali, dengan naskhah-naskhahnya disusun dipagi hari 2 kaki lebih
tinggi dari yg satu lagi, yg hanya dijual dalam jumlah ala kadar. Menjelang
petang, susunan akhbar yg pagi tadi lebih tinggi itu, akan menjadi
lebih rendah dari susunan akhbar yang rendah diwaktu pagi.
Demikianlah nasib akhbar New Shit Times yg kini dinakhodai seorang
pengarang tua yang hanya Allah swt yg tahu apakah dia masih berkiblatkan
Karl Marx yg tidak percaya akan dia kewujudan ilahi ‘azza wajalla. Orang
yg pernah ‘dibuang negeri’ seketika untuk mendiami New York dan London
– jauh lebih mewah hidupnya dari kehidupan di Kok Lanas. Namun, cara
hidupnya memang sentiasa mewah sehingga pernah menekan Syarikat
Permodalan Kebangsaan untuk membayar gajinya sebanyak RM60,000 sebulan di suatu
ketika. Kini SPK begitu sukar bernafas.
Apakah seorang tua seperti beliau dapat memahami kehendak dan citarasa
pembaca masakini? Apakah pemikiran beliau, melalui penulisan beliau –
samada dalam The New Shit Times dan Mingguan Meloya – merupakan
pemikiran mainstream rakyat marhain masakini? Apakah beliau tidak fikir bahawa
rakyat sudah jelek dengan kehaprakan dan kebobrokan kepimpinan Mamak
memanda Perdana menteri?
Maka demikianlah tanah air tercinta ini, yang kini masih dinakhodai
seorang ahli politik tua yang sudah melampaui tempoh ‘baik sebelum’ yg
tercatat dipelekat kulitnya yang tebal dan tidak tahu malu itu. Mampukah
seorang yg berusia 76 tahun memahami kehendak rakyat marhain negara ini
yg mempunyai usia pukul rata setengah dari usia beliau? Cuba bayangkan
sejenak – andainya pilihanraya yg akan datang diadakan dalam tahun
2004, Barisan Najis (BN) akan tetap dipimpin oleh mamak memanda yg akan
menjangkau usia 79 tahun! Kalau kita amati kaca TV kita berhati-hati
setiap kali pemimpin besar kita Ben Kutty berucap, dapatlah kita perhatikan
lehernya yg sudah berkedut. Bahawa, bawah dari raut wajahnya yg kita
tatapi saban hari, terdapat sebuah tubuh seorang insan yg sedang bergelut
dengan usia tua yg lazimnya mengakibatkan pelbagai keuzuran.
Hakikatnya, Ben Kutty terpaksa menjalani Hormone Replacement Therapy
saban tahun untuk mengekalkan perawakan beliau sekarang yg jelas tidak
mencerminkan seseorang yg kini berusia 76 tahun. Cuba bayangkan Cek Det
yg sudah tidak bersemayam di Putrajaya lagi. Sudah tentu jauh dari apa
yg kita lihat sbg seorang yg segak dan mampu memakai jeans biru dan
kemeja merah yg berjalan-jalan di Jalan Raja Alang, kunonnya membeli juadah
untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan. Jelas langkah-langkahnya kini
mempamirkan seorang yg semakin hari semakin hampir mendapat kad jemputan
malaikat Izrail.
Apakah tidak ada pemimpin lain yg dapat dipertanggungjawabkan untuk
memegang panji-panji BN selain dari Abu Mirzan? Setakat ini, memang tiada
tokoh dari kalangan parti lembu UMNO yg berkaliber dan berkarisma untuk
mengisi tempat Abu Mirzan yg penuh dengan kontroversi itu. Ada yg kata
Pak Lah. Pak lah Bedawi? Jauh panggang dari api. Maka, mamak bendahara
jugalah yang akan dipertanggungjawabkan oleh manusia-manusia seperti
Aziz Samsuddin, Tengku (?) Adnan Mansor, Brigadier Hamid, Kayveas, Nor
Mohamed Yakcob, Ali Abul, ‘Mufti Besar’ Ismail Ibrahim, Wartawan sensasi
Dolah Kok Lanas, dan pemimpin-pemimpin lain yg di’lantik’ agar terus
menerajui negara ini merangkap meneruskan Dasar Membaham Khazanah Negara
(National Policy on State Pilfering).
Untuk memberi alasan kukuh mengapa mamak bendara Ben Kutty perlu
dipertahankan sbg pemimpin, akan disediakan penulis-penulis laksana pelacur
yg mengambil upah seperti Ben Maidin @ Zam, Astora Jamban dan
kemungkinan juga penulis yg tidak kompeten seperti Ben Jasin dan Ahmad Talib yg
penguasaan bahasa Inggeris masing-masing amat memalukan pelajar Tahun 6
sekolah rendah. Sudah pasti alasan utama adalah – “perjuangan belum
selesai”. Umur kini sudah 76 tahun, masih ada muka untuk menyatakan bhw
“perjuangan belum selesai”. Andainya yg mati dihidupkan kembali, tetap
dikatakan bhw “perjuangan belum selesai”.
Dalam kita menyaksikan kemelut peperangan – istilah peperangan adalah
misnomer, ia perlu diganti dengan pencabulan – di Afghanistan, jangan
kita sekali-kali lupa bahawa tanah air yg tercinta ini masih dinodai oleh
pemimpin rakus yg bernama Mahathir Mohamed. Semenjak peristiwa 11 Sep
di New York, saban hari di media kita dihidangkan dengan cerita ‘war on
terror’, ‘strike against terror’ dan pelbagai manipulasi yg di
ada-adakan oleh media milik Yahudi agar kita umat islam terutamanya,
dipesongkan sebentar dari isu utama yg perlu diselesaikan, sambil mencapai
matlamat atau agenda sebenar puak Zionis yg bertopengkan iltizam untuk
memerangi ‘pengganas’. Maka laman-laman web yg selama ini mendokong gerakan
reformasi dan menuntut keadilan dari pihak pemerintah, tiba-tiba penuh
dengan artikel-artikel yg menyokong Taliban.
Alhamdulillah, berkat dan hidayah Allah swt membenarkan kita membezakan
yg haq dan yg batil. Kebanyakan artikel-artikel yg disiarkan dalam
Laman seperti MindaRakyat, Laman Reformasi dsb, rata-rata menunjukkan
simpati terhadap kerajaan pimpinan Taliban di Afghanistan. Ini merupakan
perkembangan yg sihat kerana ianya dapat membantu menyanggah pendirian TV3
dan RTM, dan tidak kurang juga NTV7 yg dengan jijiknya menghina Taliban
seolah-olah kerajaan Taliban itu adalah pelopor ajaran sesat Islam dan
Malaysia akan menerima nasib yg sama andainya PAS diberi peluang
memerintah negara ini.
Apakah benar Taliban menindas kaum wanita? Tidakkah Saudi Arabia
menindas wanita? Mengapa tidak TV3 membikin satu dokumentari sensasi untuk
mendedahkan perkara ini? Saudi Arabialah satu-satunya negara yg
mengiktiraf kerajaan Taliban dan oleh yg demikian seharusnya Amerika turut
menghantar pesawat-pesawat B-52 mereka untuk melepaskan bom-bom berangkai
dan ‘daisy cutter’ di misalnya, Riyadh, Taif, Tabuk, Jeddah dsb kerana
Arab Saudilah yg melahirkan fahaman yg menjadi ikutan kaum Pashtun yg
membentuk puak Taliban di Afghanistan.
Kalau benar Amerika ikhlas untuk menangani ‘pengganas’ bagai
dilaung-laungkan, maka haruslah mereka turut melakukan pengeboman terhadap
sarang-sarang pengganas di Ireland Utara dimana puak Ulster sentiasa
bertelagah dgn Irish Republican Army dan Parti politik Sinn Fein. Demikian juga
di Sepanyol di mana ‘pengganas’ ETA sentiasa membikin kacau untuk
membentuk kerajaan merdeka di wilayah Basque di bhg timor laut Sepanyol.
Bagaimana pula dengan kepala pengganas Israel, Ariel sharon? Tergamakkah
Amerika mengebom wilayah-wilayah yg melindungi pengganas sbg mana mereka
telah mengebom Afghanistan yg dikatakan melindungi pengganas?
Hakikatnya, Amerikalah pengganas antarabangsa yg ulung. Mereka akan
hanya bertindak kiranya Islam berkembang. Kiranya Islam tidak terlibat
dalam mana-mana konflik, maka insyaAllah pentadbiran Amerika akan ‘buat
bodoh’ sahaja tanpa mengambil apa-apa tindakan. Amerika adalah kuasa
besar angkuh yg ingin menjadi ‘pak sibuk’ dan anjing global yg berkuasa di
semua pelusok dunia. Amerika ingin membelasah Afghanistan kerana
‘kunonnya’ ingin membebaskan rakyat Afghanistan dari belenggu Taliban.
Demikian juga Amerika berperang dengan Nicaragua kerana tidak setuju dengan
kerajaan Sandinista pimpinan Noriega yang ‘kunonnya’ akan menggugat
kestabilan Amerika tengah.
Amerika juga ingin berada di Saudi ‘kunonnya’ untuk mencegah Iraq dari
menyerang Saudi sehingga ada sebuah bandar di saudi dipanggil ‘Little
America’ – bandar ini adalah satu-satunya bandar dimana arak dapat
dijual beli dengan mudah dan rakyat Saudi sendiri ditindas oleh askar-askar
Amerika yg biadap. Apakah berdosa Osama bin Ladin yg mengisytiharkan
bahawa adalah menjadi azam beliau untuk mengusir Amerika dari tanah
semenanjung Arab tempat kelahiran Rasulullah saw?
Benarlah janji Allah swt sbg mana firmanNya dalam surah Al Baqarah ayat
120 yg mafhumnya berbunyi “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan
senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka” dan juga ayat 111
yg mafhumnya berbunyi “dan mereka (kaum yahudi dan nasrani) berkata :
‘sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang Yahudi dan
Nasrani’ “. Maka tidakkah benar apa yg berlaku di Afghanistan sekarang ini
adalah perang terhadap Islam?
Malangnya, ada pemimpin-pemimpin bacul seperti Raja Abdullah dari
Jordan dan Presiden (?) Musharraf dari Pakistan yg sanggup melacurkan diri
demi kekayaan material dalam rupa pinjaman Bank Dunia sambil menekan
bahawa perang ini bukannya perang terhadap Islam! Yang terkini, dua
pemimpin wanita islam masing-masing dari Bangladesh dan Indonesia, telah pun
menawarkan khidmat tentera negara masing-masing untuk turut serta dalam
ketumbukan tentera untuk menangani pengganas di Afghanistan – sbg
janjibalas terhadap bantuan kewangan untuk pemulihan ekonomi. Orang-orang
sebegini akan turut serta dalam majlis iftar di bulan Ramadhan
bersama-sama Presiden Bush di White House – kononnya akur bahawa Bush ikhlas
berperang menentang keganasan, bukannya terhadap Islam.
Alangkah sedihnya melihat negara-negara yg dihuni majoritinya oleh
penduduk Islam dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yg bacul sebegini? Apakah
perlu mereka bergantung kepada Amerika untuk survival mereka? Tidakkah
mereka merujuk kepada Al Quran yg mengajar bahawa “dan kiranya kamu
khuatir menjadi miskin, maka Allah swt nanti akan memberikan kepadamu
kekayaan daripada kurniaNya jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah swt maha
mengetahui lagi maha bijaksana” (mafhum ayat 28 Surah At Taubah)? Ayat
ini telah diturunkan setelah Mekah dibebaskan oleh Rasulullah saw dari
tangan kaum musyrikin. Yang demikian, Allah swt telah mengharamkan kaum
musyrikin dari memasuki mahu pun mendiami kota Mekah selepas dari tahun
pembebasan tersebut. Maka ada diantara orang mukmin yg gusar dan
khuatir kerana ekonomi Mekah selama ini dikuasai oleh kaum musyrikin yg
berdagang dan berniaga di situ. Benarlah janji Allah swt – kemakmuran Kota
Mekah dapat kita lihat sehingga hari ini dengan ekonominya dikuasai 100%
oleh orang Islam.
Allah swt yg maha berkuasa, telah menjemput pulang Almarhum Tuanku
Salahuddin Abdul Aziz untuk mengadapNya dan kita sebagai warga Malaysia
Darul Muslimin dengan tidak semena-mena dihidangkan di kaca TV kita
kedhaifan kita sebagai umat Islam menghayati ajaran Islam yg dibawa oleh
Rasulullah saw. Jelas, negara Islam pimpinan Mahathir Kutty masih cetek
penghayatan Islam tatkala mengendalikan pengkebumian Almarhum. Islam
menganjurkan agar pengurusan jenazah dipercepatkan. Namun, pangkat Yang Di
Pertuan Agong masih di agong-agongkan lagi biar pun sudah mangkat
sehingga terpaksa diutamakan adat istiadat daripada anjuran agama. Jelas juga
tontonan bahawa keranda YDP Agong masih diselubungi kain di Raja yg
berwarna kuning – bukannya putih sbg mana yg dituntut oleh Islam.
Apakah Islam negara ini apabila dibenarkan kaum wanita ke kubur
mengiringi jenazah? Apakah dibenarkan di dalam Islam untuk ‘bersalaman’ antara
bukan muhrim lelaki dan wanita ketika menziarahi jenazah? Keadaan
begitu mengelirukan apabila pembesar-pembesar negara yg beragama Islam namun
begitu jahil menghulurkan tangan ‘kunonnya’ untuk mengucapkan takziah
kepada balu almarhum. Namun, budaya seperti ini telah diterimapakai
dalam negara Islam pimpinan Ben Kutty – di mana lelaki dan wanita
bersalam-salaman ‘kunonnya’ untuk mengeratkan silaturrohim sesama mereka!
MasyaAllah! Ini begitu menyerlah di majlis-majlis seperti Perhimpunan Agong
Parti Lembu UMNO, hatta di majlis-majlis seperti Ma’al Hijrah dan
Tilawah Al Quran sekalipun; di mana Cek Det dengan selamba masuk ke dalam
dewan dan bersalam-salaman dengan kebanyakan perwakilan wanita.
Yang menyedihkan lagi ialah apabila kita melihat wanita-wanita itu
sendiri beria-ia menghulurkan tangan masing-masing agar dapat bersalaman
dengan ‘Al Rais Kabir’ yg disanjung itu. Pemimpin wanita Islam seperti
Rafidah dan Bibi Shahrizat pula bersalam erat dengan lelaki bagaikan
anak-anak memohon duit Raya di pagi Eidil Fitri! Di manakah pandangan
penasihat agama PM? Apakah pandangan Pengerusi Majlis Fatwa dalam hal ini?
Apa pula pandangan Brigadier Menteri di JPM yg bertanggungjawab di atas
hal-ehwal Islam?
Dan bersegeralah pula pengacara dan pembaca berita wanita di kesemua
saluran TV Malaysia mengenakan selendang untuk ‘melitupi sedikit’ rambut
ketika membaca berita atau membuat liputan pengkebumian Almarhum YDP
Agong. Hatta, yg tidak beragama Islam seperti Anne Edwards (NTV7) dan
Mary Anne (RTM 1) pun mungkin disalah anggap sebagai wanita UMNO lantaran
bertudong yg masih menonjolkan sejemput rambut di atas dahi sbg mana yg
dipelopori oleh Hendon Pak Lah Bedawi, Masnah Rais Yatim, Rosmah Najib
dan rakan-rakan seperjuangan yg lain dalam BAKTI. Hendak disebut Kak
Mah, namun tudong Kak Mah bukan meliputi rambut! Maka kita dipertontonkan
juga pembaca seperti Yusanani (TV3) dan Norashikin (RTM 1) yg memakai
tudung sekadar cukup syarat sebagai ‘menghormati kemangkatan YDP Agong’.
Demikianlah Malaysia, negara islam pimpinan Imam Mahathir Al Kutty yg
menggesa agar Islam yg sederhana (moderate islam) dipraktikkan dalam
negara yg berbilang kaum ini. Pakaian tudung sbg mana yg diperagakan oleh
pengacara2 tersebut didaulatkan sebagai pakaian de facto wanita islam
dalam negara Islam ala Imam Besar Mahathir. Walhal telah jelas dan nyata
bahawa sebahagian besar dari wanita di afghanistan sememangnya lebih
suka berpakaian secara burqa dan hijab – jauh sekali dari manipulasi
media barat yg menggembar gemburkan berita segelintir wanita yg telah
membuka atau pun mencabut purdah/burqa sebaik saja tentera Pakatan Utara
menguasai bandar-bandar tertentu di Afghanistan. Hakikatnya, tentera
pakatan utara yg kebanyakannya terdiri dari keturunan Tajikistan dan
Uzbekistan yg masih cetek dalam penghayatan Islam sebagai ad-deen, belum tentu
akan dapat memberikan haq wanita sbg mana yg diingini oleh puak-puak
seperti Sisters In Islam.
Demikianlah Allah swt dalam perancanganNya, memperlihatkan kepada
orang-orang beriman dan yang mahu berfikir, kebesaranNya melalui rentetan
peristiwa yg masing-masing saling kait-mengait antara satu sama lain.
Jelaslah juga betapa perlunya kita memilih seorang pemimpin yg berjiwa
Islam dan menghayati Islam serta bertaqwa terhadap Allah swt. Bagai malam
dan siang, kian jelas bahawa Mahathir bukanlah orangnya. Laungannya
sebagai pemimpin Islam dikalangan ‘negara-negara Islam’ tidak lebih dari
retorik politik untuk mendapatkan sedikit publicity murahan yg dapat
membantunya menerima sokongan berterusan dari kalangan rakyat yg jahil.
Kehadiran beliau tanpa malu sbg pemimpin hanyalah untuk memastikan diri
beliau tidak akan didakwa andainya beliau tidak lagi menjadi Perdana
Menteri. Beliau sudah tidak upaya lagi memimpin sebagaimana beliau terus
menafikan keadaan fizikal beliau yg sudah hampir mencecah usia 76
tahun. Apakah seorang pemimpin islam sanggup berkokok bagai ayam jantan
berdegar-degar? Namun darah menitis ditangannya dan tahi bergelumang di
ekornya lantaran perbuatan beliau membazirkan wang rakyat demi kepentingan
peribadi; mengurung insan-insan yg tidak dibuktikan mahupun disabitkan
kesalahan masing-masing di dalam penjara; mengekang kemaraan lawan
politiknya melalui salahguna institusi kehakiman, polis dan media.
Di bulan Ramadhan al Mubarak yg mulia ini, dan dengan gambaran liang
lahad almarhum YDP Agong di makam Kelang masih segar dalam ingatan,
eloklah Ben Kutty berhenti sejenak dan berfikir – lama mana lagi kamu mahu
jadi Perdana menteri? Hatta, lama mana lagi kamu boleh bernyawa di
bumi yg fana ini. Kerana keinginan untuk menyirami air kencing di pusara
mu……..masih belum pudar.
-marhain muda-
24 November 2001/8 Ramadhan 1422
..................................................................
Artikal terakhir Sdr Marhainmuda sebelum ini di laman ini ialah 29 Mac 2001