Suasana yang membosankan di negeri kecil di utara
Semenanjung pimpinan Datuk Seri Shahidan Kassim
dikatakan akan berubah tidak lama lagi apabila
pilihanraya kecil yang seumpama kenduri besar terpaksa
diadakan berikutan keadaan kesihatan ADUN Indera
Kayangan, Datuk Khor Liang Tee yang sedang dirawat di
sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur khabarnya
semakin tidak stabil.
EXCO Kerajaan negeri itu dikatakan sudah lama mahu
melepaskan semua jawatannya khususnya sebagai ADUN
atas faktor kesihatan tetapi Shahidan masih tidak
berani untuk membenarkannya berbuat demekian mungkin
kerana tidak mahu pengalaman pilihanraya kecil Arau
berulang kembali di kawasan bandar Kangar pula.
Tambahan pula, sebelum ini pernah diadakan dua majlis
khusus untuk masyarakat Cina bagi menilai tahap
sokongan mereka tetapi malangnya majlis demekian
mendapat sambutan dingin di kalangan mereka.
Ada cakap-cakap bahawa masyarakat yang menjadi
pengundi majoriti di kawasan DUN Indera kayangan itu
tidak berpuas hati dengan pergolakan dalaman MCA
Perlis di mana sepatutnya selepas pilihanraya umum
yang lalu, koata jawatan EXCO bagi MCA perlu
digilirkan kepada ADUN Titi Tinggi pula tetapi
sebaliknya, Khor terus dikekalkan.
Seorang penganalisa politik tempatan berpendapat
sekiranya pilihanraya kecil itu diadakan dalam masa
terdekat ini, kemungkinan besar BN akan mengalami
kekalahan ataupun penurunan majoriti kemenangan
berdasarkan isu tempatan yang kurang berpihak kepada
BN terutama sekali isu duit kopi yang terpaksa
dihulurkan oleh para peniaga yang kebanyakkannya
masyarakat Cina supaya mudah mendapatkan permit,
premis perniagaan dan projek.
Ketika ditanya berkenaan tahap kerja jentera
pilihanraya PAS, seorang ahli jawatankuasanya
memberitahu penulis bahawa PAS telah lama bersiap
sedia sejak pilihanraya umum yang lalu. “Kami hanya
menunggu detik pengisytiharan pilihanraya kecil”,
ujarnya dengan bersemangat.
Pilihanraya kecil Indera Kayangan yang menjanjikan
projek-projek pembangunan segera yang akan ditaburkan
oleh BN seperti di Lunas tidak mungkin semudah di
kawasan pedalaman bagi meraih undi kerana Indera
Kayangan adalah kawasan bandar yang majoriti
penduduknya adalah peniaga dan pekerja sektor awam dan
swasta. Sama-samalah kita menunggu kenduri besar ini
yang bakal mengubah kebosanan penduduknya.
Abu Mujahed Abdullah Azzam
mpkangar_2004@yahoo.com