Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Hakisan Tanah Yang Teruk Di Tanah Perkuburan Islam Dekat Masjid Kg. Cheras Baru

PAS / K.092 / 2.01q ( 1 )
3 Ramadhan 1422 / 19 November 2001

Yang dihormati,
Encik Ahmad Kabit,
Yang Di Pertua,
Majlis Perbandaran Ampang Jaya,
Menara MPAJ,
Pandan Indah,
56100 Kuala Lumpur.

Assalamulaikum Wr. Wbt.

Tuan,

Hakisan Tanah Yang Teruk Di Tanah Perkuburan Islam Dekat Masjid Kg. Cheras Baru

Hakisan tanah yang teruk telah berlaku di tanah perkuburan Islam dekat Masjid Kg. Cheras Baru selepas hujan lebat pada 15 dan 16 November lepas.

Adalah dilaporkan hakisan ini berlaku akibat dari air yang mengalir dengan begitu deras dari sebuah projek perumahan bersempadanan dengan tanah perkuburan itu.

Hakisan ini telah mengakibatkan tanah di tanah perkuburan itu merekah dan melibatkan 20 buah kubur.

Adalah diharapkan MPAJ dan pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat melakukan sesuatu supaya perkara ini tidak berulang.

Pemaju yang terlibat dengan projek perumahan itu mestilah diarahkan supaya memastikan air dari tapak projeknya tidak mengalir ke tanah perkuburan tersebut. Longkang-longkang hendaklah dibina bagi menghalang pengaliran air ini.

Sampah-sarap, sisa-sisa binaan, pasir dan tanah hendaklah juga dihalang dari dihanyutkan ke tanah perkuburan Islam itu.

Keprihatinan pihak tuan adalah amat diharapkan.

Sekian. Terima kasih.

“MENYANGGAH SERANGAN MENJANA KEMENANGAN”

Saya dengan hormatnya,

HAJI SAROM HAJI JAIS
YANG DIPERTUA PAS
KAWASAN AMPANG JAYA

s.k.

Tuan Haji Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.
YB ADUN-ADUN Pembangkang DUN Selangor.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com