Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Pemuda UMNO membiayai kewangan Pilihan Raya Kampus

Kerajaan seolah-olah menyalahkan pembangkang kononnya mahasiswa tidak belajar bergiat dengan politik. Mahasiswa perlu belajar. Kedatangannya ke kampus bukan untuk berpolitik tapi untuk menimba ilmu pengetahuan.

Tapi kata-kata ini semuanya adalah sandiwara belaka, meraka tak mahu pelajar menjadi pembangkang, mereka tak mahu mahasiswa celik dengan penipuan, kezaliman dan korupsi.

Demi masa depan UMNO yang kian malap dan ketingggalan. UMNO ketandusan kepimpinan manakala saki-baki pemimpin yang ada semua korupsi, UMNO telah merancang dengan pelbagai sekatan.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan kebakaran Dewan Ceselor UM yang masih belum ada satu post-mortem pun diumumkan. Kita hanya dimomokkan dengan sikap pelajar yang ektsrem, maka Dr Mahathir dengan rakus mengenakan pelbagai sekatan, kononya mahasiswa menyeleweng daripada landasan sebenarnya. Tapi semuanya adalah perancangan licik UMNO untuk servival mereka.

Pelbagai fitnah dilemparkan. Kita juga disajikan dengan satu lagi sandiwara, apabila seorang siswi yang gagal periksa terlibat dengan satu perbuatan yang tak baik mendedahkan kononnya ada komplot bawah tanah di universiti. Fitnah ini menyebabkan sebahagian pensyarah pula menjadi mangsa penganiyaan ini.

Mahasiswa juga disogok dengan wang ringgit, kalau sebelum ini kita hanya mendengar menteri-menteri sahaja yang rasuah, tapi sekarang wang telah menjadi maharajela di unversiti tempatan.

Pemuda UMNO memainkan peranan menabur wang ringgit kepada mahasiswa untuk penyebaran fitnah bagi membolehkan UMNO menguasai universiti tempatan.

Bersama ini saya sertakan bukti penglibatan Pemuda UMNO dalam hal ini.

Awas anak-anak kita, semua tidak dibentuk menjadi manusia yang rakus, tamak dan rasuah. Universiti bukan tempat untuk mengecap kesenangan mudah, tapi untuk kita belajar menimba ilmu dan pengalaman demi masa depan anak bangsa. UMNO merosakkannya demi nafsu jahat segelintir pemimpin yang tak kenal baik buruk.

Wartawan Kampus




        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com