Assalamualaikum.w.w. & Salam Reformasi!
Syabas ! Perjuangan akan terus kita tegakkan. Ingat kata DSAI, "tidak
hari ini... esok, tidak minggu ini... minggu depan, tidak bulan
ini... bulan depan, tidak tahun ini... tahun depan. Namun Lawan Tetap
Lawan! Sedikit perkembangan terakhir, saya dah tiga kali dipanggil ke
Ibu Pejabat polis Gombak di Rawang.
Kali pertama kerana kononnya saya telah mengumpulkan orang untuk
mengiringi saya melapor diri di Balai Polis Gombak pada 4 Nov. Kali
kedua kerana hadir ke pejabat Azmin dan baca doa dalam program
Pameran X-Files. Semalam kali ketiga kerana bercakap pada wartawan...
Setelah diugut beberapa kali dengan 'kembali ke Kamunting'... saya
menegaskan bahawa dengan syarat-syarat yang zalim dan menyusahkan
ini, saya akan berasa lebih lega dan senang untuk berada di 'dalam'
daripada di 'luar'.
Kalau di dalam memang dah pasti saya tak dapat buat apa-apa... tapi
di luar ini ibarat 'kita dihidangkan makanan yang lazat-lazat tapi
tak dibenarkan makan malah cium bau pun adalah satu kesalahan'.
Macamanapun, saya telah mendapat kelonggaran untuk hadir solat
Tarawih di Masjid dan pulang lewat sejam (dulu jam 10 malam) mulai 23
Nov setelah memohon lebih 2 minggu lalu.
Para 2 permit itu menyebutkan... "Kelonggaran syarat ini diberikan
kepada anda adalah semata-mata untuk membentu anda dalam usaha
pemulihan." Saya juga dibenarkan pulang kampung (Sabak Bernam) pada
30 Nov ini untuk 2 hari sahaja.
Begitulah permainan mereka... Apa yang Nashita sebut itu benar.
Sampai bila kita akan membiarkan kezaliman ini? Mulai sekarang,
tingkatkan tekanan dengan apa cara sekalipun. Jaga perpaduan dan
keikhlasan hati sesama kita dan letakkan matlamat perjuangan di
tempat yang paling atas mengatasi matlamat-matlamat yang lain.
Kita mungkin sakit... kecewa... dan berbagai lagi namun jangan lupa
saudara kita di Sg. Buluh. Perjuangan ini tidak bangkit tanpanya.
Dr Badrul Amin
http://webreformis.tripod.com/nov2001/1127_04.htm
26 November, 2001 11:33 PM