Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


RUPANYA AMERIKA TAK SUKA NEGARA ISLAM MAHATHIR

Tindakan terbaru Amerika melambatkan proses memohon visa ke 20 hari menyebabkan Rais Yatim menjadi gusar, Hamid Albar pun gusar sama dan Abdullah Badawi pula mengecam Amerika dengan mengatakan Amerika menganggap orang Islam di Malaysia sebagai pengganas. Perasaan yang mereka rasa itu serupa dengan pemimpin pas rasa akibat UMNO(baru) mempertahankan kedurjanaan Mahathir. Media yang di kelolakan oleh ZAM membuat pas rasa seperti yang UMNO(baru) rasa akibat dari perbuatan Amerika. PAS menganggap cara media mengelolakan berita yang selalu menghemtam dan memfitnah pas itu sebagai cubaan perjuangan menegakkan kebenaran Islam. Maka, sepatutnya UMNO(baru) kena fahami tindakan Amerika itu juga sebagai cubaan pertama setelah Mahathir mengistiharkan Malaysia sebagai negara Islam.

Dari segi politik khianat pula, Mahathir & konspiratornya tentu semakin seronok dengan tindakan tersebut kerana mereka seolah-olah mendapat kunci untuk terus mencari kambing hitam untuk dipanggil pengganas, dan tentulah pihak yang berimejkan Islam akan menjadi minat konspirator. Paling tidak tindakan tersebut boleh menyakinkan Amerika bahawa Malaysia bersungguh-sungguh membenteras pengganas. Perkara ini tidak mustahil sebab Mahathir semakin kerap membuat kenyataan kononnya pengganas makin berleluasa di Malaysia. Pada Mahathir, dia pedula pada orang lain demi survival politik dan harta kroni serta anak pinaknya. Belum tentu Abdullah Badawi berfikir begitu!.

Tindakan Amerika itu juga menunjukkan bahawa mereka sedikitpun tidak yakin dengan Mahathir, khasnya dari percakapan dan perbuatan Mahathir mengenai Islam. Mungkin Amerika tahu bahawa ulamak Mahathir adalah pandai berlakun. Jika ulamaknya pandai berlakun, maka ketuanya adalah jauh lebih hebat lakunannya. Tindakan Mahathir ke atas DSAI adalah contoh yang mudah untuk memahami mengenai Islam Mahathir. Mungkin Amerika melihat tindakan ke atas DSAI juga sebagai tindakan pengganas. Oleh itu, masakan boleh diyakini Islamnya jika kelakuannya jenis ini, disamping itu, tindakan Mahathir mengistiharkan Malaysia negara Islam di depan pemimpin MCA & GERAKAN juga makin tidak menyakinkan Amerika. Akhirnya, yang yakin dengan Negara Islam Mahathir ialah segelintir manusia yang sudah buta mata dan hatinya hanyanya Mahathir

xyychromosomes@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com