Diceritakan oleh
Datuk Ustaz Haji Ismail Kamus
KIRA-KIRA tiga tahun lalu, semasa mengerjakan ibadat umrah saya bertemu
dengan seorang jemaah perempuan. Wajahnya memang cantik dan masih muda
orangnya. Dia datang mengerjakan umrah bersama suaminya. Wajah suaminya
nampak agak tua tapi daripada air mukanya yang lembut memang nampak baik
orangnya. Manakala si isteri kelihatan agak garang. Wajahnya serius dan
tegas.
Apabila sampai di Makkah, wanita tersebut tetap dengan caranya yang
sentiasa hendak mengawal suami. Yang anehnya si suami jadi semacam khadam -
suruh duduk dia duduk, suruh makan dia makan, suruh mandi dia mandi ... macam
lagu P. Ramlee. Dia tidak membantah barang sedikit pun kata-kata isterinya.
Daripada gelagat mereka itu, boleh diringkaskan bahawa si isteri adalah
ibarat 'nyawa' kepada suaminya cuma dengan ekor mata sahaja wanita
tersebut boleh mengarahkan suaminya. Atau dengan hanya menjeling saja suaminya
sudah faham arahan isteri.
Kami cuma dapat memerhatikan saja perangai wanita tersebut. Hendak
dinasihatkan khuatir akan berlaku pertelingkahan kerana sifat wanita itu
nampak garang. Kalau dinasihat tentu sekali dia menolaknya.
Tapi Tuhan Maha Kaya. Jika perbuatan kita menyalahi hukum agama maka
lambat-laun akan ditunjukkan juga oleh Allah S.W.T. Selepas beberapa hari
berada di Makkah, wanita berkenaan asyik termenung sahaja. Dia lebih
banyak mendiamkan diri dan melayan perasaan.
Perubahan pada diri wanita tersebut disedari para jemaah lain
tetapi disebabkan terlalu sibuk dengan ibadat masing-masing, mereka tidak mahu
campur tangan atau bertanya kepadanya kalau-kalau dia menghadapi masalah.
Akhirnya kisah pasangan itu hilang begitu sahaja.
Namun selepas bersama-sama mengerjakan sai dan mula mengerjakan tawaf,
bermulalah kejadian yang tidak disangka-sangka. Hari itu wanita tersebut
mengajak suaminya melakukan tawaf berjalanlah mereka beriringan, tetapi
sebaik menoleh ke arah kiblat, tiba-tiba wanita itu ini minta suaminya
berhenti.
"Bang! Berhenti bang! Ke tepi! Ke tepi!"
"Apa kena dengan awak ni?" tanya suaminya kehairanan.
"Cuba abang tengok Kaabah tu. Eee takutnya! Saya takut bang, saya takut!"
kata wanita itu sambil memaling muka ke arah lain dan menutup mata dengan
kedua-dua belah tapak tangan.
"Nak takutkan apa, inikan Kaabah yang mulia," nasihat suaminya supaya
isterinya tidak takut dan mencuba lagi untuk tawaf.
"Dahlah tu ... tak ada apa-apa. Mari kita tawaf lagi," kata lelaki
berkenaan.
Wanita itu melangkah semula untuk tawaf, tapi baru beberapa langkah, dia
berhenti semula.
'Ya Allah," teriaknya sambil berlari ke tepi kerana ketakutan.
'Kenapa dengan awak ni?' tanya suaminya. Dia kelihatan cemas.
"Abang ... Kaabah terbalik! Nak hempap saya! " jawab si isteri.
"Ahh awak ni. Mana ada, elok aja Kaabah tu. Jangan mengarutlah.
Itu perasaan awak saja," kata suamimya. Begitulah yang berlaku beberapa
kali hingga akhimya wanita berkenaan menjerit - jerit ketakutan. Jemaah lain
tercengang melihat dirinya. Apabila menyedari sesuatu yang tidak kena
dengan isterinya, si suami menasihatkannya supaya duduk di barisan jemaah
untuk berehat seketika.
"Tunggu sini sampai saya selesai tawaf," kata suaminya.
Akibat masalah itu, terlepas peluang wanita tersebut untuk
mengerjakan tawaf. Begitulah seterusnya selepas beberapa hari perempuan
itu masih gagal melakukan tawaf dengan sempurna kerana setiap kali melihat
Kaabah, dia melihat Kaabah terbalik dan hendak menghempapnya.
Semasa berada di Makkah, lelaki tersebut bertungkus lumus menenangkan
perasaan isterinya. Tetapi oleh kerana ketakutan yang dialami wanita itu
gagal disembunyikan lagi, lama-kelamaan ramai jemaah yang tahu
kegagalannya untuk tawaf
Akhirnya pada suatu hari wanita tersebut datang menemui saya
sambil menceritakan masalah yang dihadapinya sejak datang mengerjakan umrah
tiga hari lalu.
"Begini ustaz, dah tiga hari saya berada di mekah tapi masalahnya saya
gagal, nak tawaf ustaz", katanya dengan keluhan yang memberat di dada.
"Setiap kali saya nak tawaf saya nampak terbalik. Kenapa ustaz? Apa salah
saya ustaz? Cerita perempuan berkenaan.
Saya berkata: "Agaknya awak ni ada menuntut ilmu salah (hitam)." Sengaja
saya berkata demikian untuk menduganya. Pada agakan saya, mungkin Kaabah
itu terbalik sebab dia mengamalkan ilmu yang songsang, Kemudian ilmu songsang
itu yang membawa mudarat kepada diri pengamalnya. Tapi itu agakan saya
saja.
Namun apabila saya berkata demikian, wanita tersebut termenung lalu tunduk
seketika. Setelah beberapa lama terdiam akhirmya dia mengaku tentang
perbuatannya yang lampau mengamalkan ilmu hitam bertujuan menundukkan
suaminya.
"Saya memang bersalah ustaz. Sebelum ini memang saya ada menuntut ilmu
untuk menundukkan suami daripada seorang bomoh," katanya dengan linangan air
mata.
Wanita itu seterusnya bercerita: Ini semua gara-gara dorongan hawa nafsu
semata-mata supaya sentiasa dipandang cantik oleh suami."
Katanya lagi, ilmu hitam yang diamalkan sejak mula - mula berkahwin dulu
memang mujarab. Oleh kerana suaminya kacak dan lawa orangnya dia khuatir
wanita lain terpikat dengannya. Melalul ilmu penunduk daripada seorang
bomoh handalan dia berharap suaminya dapat dimiliki sepenuhnya. Sejak itu
suaminya sentiasa menuruti segala telunjuknya. Akibat sihir itu, lelaki
berkenaan yang dahulunya ramah-tamah kini diam menikus. Hitam kata isteri maka
hitamlah katanya. Kalau putili katanya maka putihIah akhlmya. Tidak
dibantah walau sedikit pun.
Dengan sihir itu wanita tersebut mula menghambakan suaminya pula.
Disuruhnya suaminya memasak, membasuh, menyidal pakaian, menyiram pokok
bunga, basuh najis anak dan macam-macam lagi. Tidak ubah suaminya itu dibuat
seperti pembantu rumah.
"Dulu memang saya queen control. Tapi ustaz, sekarang saya dah insaf. Saya
menyesal sungguh-sungguh dengan perbuatan saya dulu. Saya jahil hukum
agama, ustaz," katanya dengan sedih. Saya lihat wanita ini menyesal sungguh-sungguh.
Beruntung juga kerana dia bertaubat semasa berada di tanah suci buktinya
Allah masih sayangkannya.
"Kalau begitu awak kenalah mohon ampun kepada Tuhan atas perbuatan
menganiaya suami awak. Awak juga kena minta ampun dengan suami awak,"
balas saya.
Saya lihat wajah wanita itu berkerut. Dia menitiskan air mata di atas
kekesalannya. Ketika itu juga dia mengucup tangan suaminya sambil memohon
ampun di atas perbuatannya yang Ialu. Bagaimanapun lelaki berkenaan
seorang yang baik lantas memaafkan kesalahan isterinya itu seolah-olah tiada
apa yang berlaku sebelum ini.
"Tak usah menangislah. Tak guna. Yang dah lepas tu biarlah. Usah
diungkitkan lagi. Semua orang berdosa, abang pun ada buat dosa pada awak,"
kata suaminya.
Beberapa hari kemudian barulah perempuan itu dapat mengerjakan tawaf
dengan sempurna. Dia datang semula menemui saya.
"Terima kaslh ustaz, saya dah boleh buat tawaf", katanya.
"Baguslah," kata saya sambil tersenyum melihat gelagat pasangan
berkenaan. Saya lihat wanita itu kelihatan begitu terharu sekali.
Malah dia semakin tekun beribadat. Hasil keinsafan itu, suaminya dilayan
seperti raja. Tiada lagi arah-mengarah seperti mula-mula tiba dahulu.
Hubungan mereka berdua juga begitu bersopan santun dan lemah lembut
setelah mendapat hidayah di tanah suci.
"Dalam pada itu ada juga orang mempelajari daripada mereka ilmu sihir
yang boleh menceraikan antara suami dengan isterinya, padahal mereka tidak
akan dapat sama sekali memberi mudarat dengan sihir itu seseorang pun kecuali
dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya
membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi
sesungguhnya mereka telah pun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih
sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi
sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka pilib untuk diri mereka, kalaulah
mereka mengetahui." Surah al-Baqarah 2: 102
........................................
7 Januari 2002