SATU ketika dulu ada methos popular yang menyebut “Hancurnya Umno, hancurlah orang Melayu”. Itu berpunca dari rentetan sejarah perjuangan UMNO Lama warisan anti Malayan Union. Kerana datuk-nenek kita sanggup menentang penjajahan kerana terlalu pedih dilakukan oleh ‘kempitai’ Jepun, maka mereka merasa tidak ada guna penjajah Inggeris diberi ruang dalam pentadbiran negara ini lagi.
UMNO Sudah Hilang Identiti
Setelah UMNO Lama terkubur tanpa nesan akibah perjuangan pemimpinnya berobah menjadi ‘perjuangan tumbang menumbangkan kawan” sesama parti, maka wujudnya UMNO Baru oleh Mahathir sudah tidak lagi mampu menunjukkan petanda UMNO Lama dipulihkan identitinya.
Mahathir menganggap UMNO tajaannya mesti ikut cara beliau. Akhirnya, Mahathir berjaya menyuntik identiti “Barua” kedalam parti itu. Dengan itu, UMNO yang diuruselia oleh Mahathir sendiri tidak dapat menawan hati orang Melayu.
Isu terpenting yang makin menyerlah ialah: masing-masing melakukan jenayah ‘politik wang’ dan ‘khianat Konspirasi’ dengan nawaitu asas untuk merebut kuasa.
UMNO bukan lagi berjuang memenuhi tuntutan mandat orang Melayu. Sebaliknya pemimpin mereka asyik bercakaran kerana disebalik memimpin parti, mereka mendapat ‘kudos’ bikin duti berjuta-juta.
Pemimpin UMNO Makin Buas
Bagi semua pemimpin UMNO, menerjuni politik semata-mata bertujuan untuk merangkul kuasa. Dengan kuasa mereka akan bermaharajalela. Mereka boleh jadi kayaraya - bebas melakukan rasuah dan penyelewengan.
Mahathir sebagai presiden parti tetap ada dibelakang sebagai pelindung, dengan syarat MESTI ikut perentah beliau. Jangan sanggah, jangan bantah..!! Dendam Mahathir membawa padah!
Beberapa orang pemimpin UMNO ada berpuluh-puluh fail dan kes BPR terlibat dalam penyelewengan dan rasuah. Mahathir dengan senang hati menahan kes mereka supaya tidak diketengahkan. Mahathir bijak menggunakan kesempatan yang ada. Kebanyakan pemimpin UMNO yang rasuah akan dianggap sebagai “lembu-lembu” dicucuk hidung untuk menarik ‘kereta’ yang bermuat ‘taik dan najis’ Mahathir, suku-sakat dan Kroninya.
Keadaan itu kian menjadi tradisi dan amalan dalam UMNO. Kita nampak sebagai bukti, bagaimana Mohd Khir Toyo adalah mangsa ‘formula one’ Mahathir dalam konteks ini. Putera Jaya berpindah milik kerana MB Selangor ‘dicekik’ Mahathir merihnya hingga otaknya biol dan jiwa mati.
Si MB tu cuma menjadi budak suruhan untuk menjadi alat membantu Mahathir merompak harta dan tanah asal hak rakyat Selangor. Memang betullah si Khir Tojo jadi “toyol”…!! Kerja mampos-mampos, tuannya jadi kayaraya. Dia papa kedana!
Dalam perancangan Mahathir, agendanya menyorot beberapa buah negeri lagi. Antaranya Langkawi (Kedah), Kuantan (Pahang), Johor Baru (Johor). Itu adalah tambahan dari Kuala Lumpur, Labuan dan Putera Jaya.
Satu ketika nanti, zuriat Mahathir akan jadi tuanpunya sekumpulan hartanah lebih luas dari Melaka dan Perlis digabungkan. Orang Melayu akan tinggal melopong – terkucam-kucam!
Raja-Raja Melayu Jadi Hamba
Makin hari, Baginda Raja-raja Melayu semacam lupa daratan. Mereka tidak nampak diri mereka dan rakyat (orang Melayu) sedang diperasugut oleh Mahathir yang kian rakus. Rata-rata pemimpin UMNO sanggup jadi talibarut Mahathir. Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dibawah UMNO/BN sanggup jadi ‘kuli batak’ si tua sewel itu.
Itu adalah gejala majlis DUN negeri bermajoriti 2/3 yang dikuasai oleh UMNO/BN. Masing-masing nampak, jika bersetuju dengan rancangan dan agendanya (Mahathir), mereka juga akan dapat tempiasnya. “Tempias” saja bernilai puluhan juta. Seolah-olah mereka dapat ‘duit terpijak’. Siapa tak hendak?
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)
Tarikh : 18 Jun 2001