Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia
tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka
ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau
berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di
saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api
neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa
neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu
benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka
sebelum ia merasa aman daripadanya."
Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan
padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam,
maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian
dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian
seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap,
tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah
yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka
sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk
dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg
mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka
itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan
mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah
yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu
pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu
diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan
hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya
akan terbakar orang-orang yang di hujung timur
kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan
perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur
nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api
neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya
yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya
bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi
selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu
jarak
perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari
yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih
panas)
Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk
masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk
orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan
mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya
Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu
ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke
empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama
Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w.
sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan
penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya
orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg
sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar
keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala
nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali
dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail,
sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada
seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam
neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa
besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis,
Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam
rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang
dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada
Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg
Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh
melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat
bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu
bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok
zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000
ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70
hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada
kita semua.
Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa
yang
telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan
petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya
kepada
manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat
oleh
Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W
bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu
ayat..
........................................
3 Disember 2001