Wartawan The Sun terus berpiket

Kesemua wartawan dari suratkhabar The Sun akan terus berpiket sehingga hak editorial yang telah dirampas oleh pihak pengurusan baru dikembalikan kepada wartawan, seorang wartawan kanan memberitahu HarakahDaily hari ini.

Dalam pada itu, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) juga telah menghantar satu surat kepada pihak pengurusan The Sun supaya diadakan pertemuan dengan NUJ, kata K Kannan pengerusi bahagian Kesatuan Wartawan Kebangsaan The Sun.

Sejak Disember 31, kesemua wartawan The Sun telah berpiket beramai-ramai di jalan raya utama berhampiran bangunan The Sun di Petaling Jaya, menuntut hak wartawan dihormati dan bonus dua bulan yang dijanji dibayar.

The Sun telah terjebak ke dalam kontroversi sejak berita mengenai rancangan untuk membunuh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri disiarkan secara eksklusif pada Hari Krismas dan dua hari selepasnya meminta maaf secara terbuka kepada kedua pemimpin itu di mukasurat utama.

Berikutan kes itu, ketua editor Hng Hung Yong, telah meletak jawatan. Dua orang editor lagi - Robert Ho dan Chong Cheng Hai, wartawan R Manirajan dan jurugambar Anita Md Nasir telah digantung kerja.

Dua hari lalu, pihak pengurusan yang diketuai oleh Frankie Tay Thiam Siew dan peguam VK Lingam yang baru dilantik sejak kontroversi itu telah menolak tuntutan bertulis NUJ dan Malaysian Trade Union Congress (MTUC) supaya penggantungan wartawan R Manirajan dan Anita ditarik balik.

(Peguam VK Lingam baru-baru ini telah terlibat dalam satu kontroversi apabila bukti gambar beliau bercuti di New Zealand dengan Hakim Negara Eusoffe Chin disiarkan oleh media.)

Macam Mana akhbar Melayu.... Wartawannya boleh cucuk hidung ke ??

Tarikh : 5 Januari 2002




Webmaster - Kami menerima apa-apa bentuk foto, untuk siaran umum. Hantar gambar saudara/i ke email kami berserta penerangan ringkas

Lain-lain Foto Semasa :
  • Orang ramai dihujani pemedih mata di Mahkamah Kulim
  • Beginilah pembunuhan kejam yang berlaku...
  • Beginilah nasib Sdr. Anwar Ibrahim...
  • Sdr Anwar Ibrahim keluar dari kamar pembicaraan
  • ISA - Muslimat PAS bersemuka dengan TPM
  • Empat direman bantu siasatan penyelewengan PPRT RM36.5 juta

  • >>Tranung Kite Cyberlink<<