Buku Terbaru Dinsman : Macam Orang Gila

Sajak - sajak dalam buku ini ditulis selepas Anwar Ibrahim disingkirkan dari kerajaan Dr . Mahathir. Kecuali empat ditulis sebelum itu tetapi membawa makna dan mesej sama. Melalui 51 yang ditulis selepas Anwar disingkirkan, Dinsman seperti merakamkan detik detik penting dalam gerakan reformasi rakyat Malaysia menentang penguasa yang zalim.

Sebenarnya ia bukan sekadar merakamkan detik detik penting gerakan reformasi, tetapi lebih daripada itu. Misalnya dalam pengalaman membaca puisi sepanjang tempoh itu, kata Dinsman. " Saya seolah-olah seorang yang sesat dari kumpulannya lalu masuk ke dalam kumpulan lain. Sesat dan terbuang dari kumpulan sastera dan budaya, lalu masuk ke dalam politik dan agama. Seolah- olah ! Padahal saya sangat yakin yang saya tidak sesat'.

Dinsman dulu pernah aktif dalam teater, dengan karya karya seoerti Bukan Bunuh Diri,Ana di Pulau Sadandi dan Projek Izie. Dia juga dulu pernah menghasilkan sekumpulan puisi yang diterbitkan dalam buku berjudul Puisi Panjang Untuk Mahathir.

Sejak gawat menyerang matawang dan ekonomi Malaysia, Dinsman juga menghasilkan buku politik, sperti Gawat; Gagalnya Formula Mahathir ; Mahathir (Ekonomi ) Perang Aqidah ; dan PAS Jangan Jadi Umno.

Dapatkan buku ini dipasaran. Harga RM 10.00 Diterbitkan oleh Penerbitan Pemuda .Dapatkan di kedai kedai buku yang berdekatan dengan tempat anda atau Sila hantarkan pesanan anda kepada Galeri Penerbitan Pemuda. , No 24, Tingkat Bawah Jalan 4/21D,Medan Idaman 53100 Gombak,Kuala Lumpur. atau untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 03 40230175 019 3432056 (Encik Zabidi Morad ).Pembayaran hendaklah diatas nama Geleri Penerbitan Pemuda

............................................
18 Jun 2001


Lain-lain Terbitan :

  • Umno Sedang Uzur SIAPA GANTI MAHATHIR?
  • Buku Dedah Tembelang Astora Jabat Diterbitkan
  • 'CABARAN' kini dalam pasaran



    * Ingin iklan terbitan anda, sila emailkan maklumat terbitan anda. Paling baik jika boleh hantar cover dan contoh artikalnya sekali.